ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 29 Julai 2011

KEPINDING HIJAU

Nama saintifik: Nezara viridula

Order: Hemiptera

Famili: Pentatomidae


Kepinding dewasa berbentuk perisai, berwarna hijau dan bukan merupakan musuh utama tanaman padi. Selalunya serangan kepinding berkaitan dengan kedudukan sawah yang berhampiran dengan hutan atau kebun sayur di mana terdapat rumpai yang menjadi perumah kepada kepinding hijau.
Kepinding betina bertelur secara kumpulan dan diletakkan dalam beberapa barisan yang selari di atas permukaan bawah daun di mana setiap kumpulan mengandungi 20-130 biji telur. Di peringkat instar pertama, anak-anak kepinding biasanya berkumpulan dan duduk berhampiran kulit telur dan bergerak secara bersendirian untuk mencari makan apabila berubah ke instar seterusnya.
Warna dan corak anak jelmaan berbeza antara peringkat-peringkat insar dan sangat ketara pada peringkat instar ketiga. Pada peringkat instar ke lima, terdapat beberapa bintik putih tersusun dalam satu barisan di bahagian tepi belakang abdomen.

Kerosakan.
Kepinding menghisap cecair buah padi (susu) menyebabkan padi menjadi separuh berisi atau hampa jika populasi dan serangan adalah tinggi.




KAWALAN

Kawalan dengan menggunakan perawis aktif berikut BILA PERLU SAHAJA:

i.Diazinon
Kadar: 0.45lt/ha
TDMH: 21 hari
Kelas:III

ii.Imidacloprid
Kadar: 0.13 lit/ha
TDMH:21 hari
Kelas:III

iii.Alpha-cypermethrin
Kadar:0.15 lt/ha
Kadar: 7 hari
Kelas: II


Masterjii 2011@ Agroclinic Ismadi.












Isnin, 25 Julai 2011

ULAT PENGOREK BATANG BERJALUR




Nama saintifik: Chilo suppressalis.Walker


Order: Lepidoptera


famili: Crambidae




Sayap hadapan kupu-kupu dewasa berwarna jerami serta terdapat sisik-sisik berwarna perak dan titik hitam-titik hitam sepanjang sayap.Sayap belakang berwarna putih kekuningan. Ia hidup antara 3-5 hari.


Kupu-kupu betina bertelur di bahagian atas permukaan helai daun dalam beberapa kumpulan di mana bilangan telur bagi setiap kumpulan antara 20-100 biji. Masa untuk menetas antara 5-6 hari.


Larva mempunyai kapsul kepala berwarna perang dan abdomennya pula terdapat jalur-jalur berwarna perang ( 3 di belakang, 2 di bahagian tepi). Larva bersalin kulit sebanyak 6 kali sebelum menjadi kepompong.Peringkat larna antara 29-48 hari.




Kawalan.


kawalan dengan menggunakan perawis aktif yang disyorkan seperti:




1. Fipronil


TDMH: 14 hari


Kelas:II




ii. Cartab hydrochloride


TDMH: 21 hari


Kelas: II

















































Khamis, 21 Julai 2011

PENGOREK BATANG NANGKA (Larva)






Larva berukuran 8cm

Fras yang masih basah pada bahagian dahan pokok nangka


Lubang pernafasan yang dibuat oleh larva pengorek.


Kesan serangan pada bahagian dalam dahan.






Nama saintifik: Apriona flavescens Kaup.

Order: Coleoptera

famili: Cerambycidae

Serangan larva pengorek batang selalunya boleh dijumpai pada bahagian batang dan dahan pokok nangka. Serangan bermula pada bahagian ranting di mana larva yang baru menetas mengorek ranting yang akan menyebabkan daun menjadi layu dan kering. Larva akan terus mengorek ke bahagian yang lebih besar hingga ke batang utama.

Larva akan membuat lubang pernafasan pada dahan untuk mengeluarkan fras. Sekiranya terdapat fras yang masih basah pada dahan atau batang nangka, ini menunjukkan larva masih hidup dan berada di dalam batang atau dahan. Larva mempunyai jangkahayat yang panjang antara 80-120 hari dan mempunyai gigi yang kuat untuk mengorek dan mengunyah tisu kayu.

Peringkat kepompong berlaku di dalam tanah.


Kawalan


a.Kawalan secara kultura


i) Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik.

ii)lakukan pemangkasan pokok dengan sempurna.

iii) Cantas dan musnahkan dahan/ranting yang diserang.

iv) Lakukan pemantauan yang rapi bagi mengetahui kewujudan dan tahap serangan perosak.


b.Kawalan secara kimia.


Kawalan secara kimia boleh dilakukan dengan menyuntik racun serangga ke dalam lubang dahan/batang yang terdapat fras yang masih basah sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti Dimethoate. Tutup lubang dengan tanah liat atau plastisin dan ulangi rawatan sekiranya terdapat lagi fras baru selepas 3-4 minggu.





Tempat: Pusat Pembangunan komoditi.Gajah Mati.

Tarikh: 21.7.2011.




































































































































































































Rabu, 20 Julai 2011

ULAT PENGOREK BATANG KEPALA HITAM








Nama saintifik: Chilo polychrusus.

Order: Lepidoptera
Famili: Crambidae

Larva mempunyai kapsul kepala berwarna hitam dan bahagian abdomennya berjalur perang . Larva bersalin kulit sebanyak lima(5) kali dan mengambil masa antara 16-43 hari sebelum menjadi kepompong.


Kepompong berwarna perang kekuningan dan peringkat kepompong mengambil masa 4-8 hari.

Kupu-kupu betina bertelur di bahagian atas dan bawah daun permukaan daun dalam beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 20-150 biji dan menetas antara 4-7 hari.

Kupu-kupu jantan berwarna kuning muda serta bersisik berwarna perang di bahagian sayap hadapan. Hampir dengan sayap hadapan terdapat titik-titik kecil berwarna hitam . Kupu-kupu jantan adalah lebih kecil dari kupu-kupu betina.

Kerosakan

Larva mengorek batang dan memakan tisu sehingga sampai ke ruas dan terus memakan tisu di bahagian ruas yang menyebabkan batang menjadi lemah dan mudah tumbang. Simptom serangan berbeza mengikut peringkat tanaman di mana jika serangan di peringkat beranak, anak padi menunjukkan tanda"mati pucuk" dan jika berlaku pada peringkat padi sedang berbuah, tanda seperti"bulu ayam" akan berlaku di mana tangkai mengeluarkan biji padi yang kosong atau separuh berisi.

Kawalan

Kawalan dengan menggunakan racun serangga yangmengandungi perawis aktif disyorkan seperti:

i) Fipronil
Kadar: 10ml/ha
TDMH: 14 hari
Kelas: II

ii) Cartap hydrochloride
Kadar: 0.45kg/ha
Kelas: II



Masterjii 2011 @ Agroclinic Ismadi

Isnin, 4 Julai 2011

KOYA

Nama saintifik: Planococcus citri Risso

Order: Homoptera

Famili: Pseudococcidae



Koya ( Planococcus citri) pada buah

Semut hitam dan kerengga merupakan agen pembawa koya ke bahagian buah yang belum diserang.





Serangan koya pada buah akan menggalakkan pertumbuhan kulat kulapuk hitam.



Serangan koya adalah lazim bagi tanaman rambutan. Perosak menyerang bahagian buah yang masih hijau dan masak dengan cara menghisap cairan sel buah. Walaupun serangan koya tidak merosakkan bahagian isi tetapi kehadiran perosak yang melekat pada bahagian kulit buah akan menjejaskan nilai kosmetik dan mengurangkan nilai pasaran.

Selain daripada itu, perosak juga mengeluarkan rembesan madu (honey dew) yang menggalakkan pertumbuhan kulapok hitam yang boleh memburukkan lagi keadaan.Kehadiran semut dan kerengga membantu menyebarkan koya ke bahagian buah yang belum diserang.


Kawalan


Kawalan secara kultura adalah digalakkan dengan cara melakukan pemangkasan pokok yang sempurna bagi menggalakkan pengudaran dan pengaliran cahaya ke dalam kanopi pokok. Selain daripada itu, putik buah yang diserang koya hendaklah dikutip dan dimusnahkan bagi mengurangkan populasi perosak.



Kawalan secara kimia boleh dilakukan bila perlu dengan menggunakan semburan minyak putih ( white oil ) atau racun serangga dimethoate pada buah. Sila patuhi arahan penggunaan di label . Semut hitam boleh dikawal dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan kulapok hitam boleh dikawal dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi perawis aktif seperti benomyl.









Masterjii@Agroclinic Ismadi
















ULAT MAKAN PUCUK (RAMBUTAN)

Nama saintifik: Adoxophyes privatana Walker

Order: Lepidoptera

Famili: Tortricidae










Tahap serangan ulat pemakan pucuk adalah rendah bagi tanaman rambutan berbanding dengan serangan kumbang belangkas (Hypomeces squamosus). Larva menyerang pucuk muda yang akan menyebabkan daun berlubang. Larva meninggalkan "fras" pada bahagian yang diserang. Pada peringkat untuk menjadi kepompong , larva berlindung dibawah permukaan dua helai daun yang bertangkup atau di dalam gulungan daun. Larva juga menyerang tanaman lain seperti belimbing , longan dan jambu air.


Kawalan


Kawalan secara kultura adalah digalakkan dengan menjaga sanitasi ladang dan melakukan pemangkasan pokok yang sempurna.

Kawalan secara kimia boleh dilakukan bila perlu sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti malathion dengan kadar 7ml/4.5 liter air.



Masterjii @ Agroclinic Ismadi




KUMBANG MAKAN DAUN RAMBUTAN

Nama saintifik: Adoretus spp


Order: Coleoptera

Famili: Scarabaeidae





Kumbang dewasa berwarna coklat dan mempunyai bulu-bulu halus pada bahagian badannya. Kumbang dewasa menyerang bahagian daun yang mengakibatkan daun berlubang. Sangat aktif pada waktu malam dan akan bersembunyi di dalam tanah pada waktu siang. Larva hidup di dalam tanah dan memakan akar-akar tumbuhan liar diatas permukaan tanah. tahap serangan adalah rendah bagi pokok tua dan serius jika kumbang menyerang anak pokok/semaian.



Kawalan




Kawalan secara kultura adalah disyorkan dengan menjaga sanitasi ladang seperti kawalan rumpai di ladang serta melakukan pemangkasan pokok yang sempurna bagi menggalakkan pengudaraan dan pencahayaan pada pokok.


Kawalan secara kimia boleh dilakukan bila perlu sahaja dengan menggunakan racun serangga seperti deltamethrin dengan kadar 3-5ml/10 liter air.










Masterjii @Agroclinic Ismadi














Sabtu, 2 Julai 2011

BENA PERANG ( Brown Leaf Hopper)

Nama saintifik: Nilaparvata lugens (Stal)

Order: Hemiptera

Famili: Delphacidae



Bena Perang ( Nilaparvata lugens ) merupakan perosak utama tanaman padi yang mengakibatkan kehilangan hasil yang banyak kepada penanam padi di Malaysia. Bena perang merosakkan tanaman dengan cara menghisap cecair dengan terlalu banyak yang mengakibatkan pokok padi menjadi kering dan musnah sama sekali. Serangan yang teruk dikenali sebagai "Hopper burn" atau "Bom" di kalangan pesawah.


Bena perang dewasa berwarna perang dan wujud dalam dua(2) bentuk iaitu dewasa bersayap pendek dan dewasa bersayap panjang di mana dewasa bersayap pendek lebih cenderung untuk membiak dan dewasa sayap panjang selalunya bersedia berhijrah untuk memulakan serangan baru.


Bena perang betina bertelur secara kumpulan di dalam kelopak daun dengan anggaran 80-700 telur sepanjang umurnya. Secara puratanya dewasa sayap pendek bertelur sebanyak 400 biji dan dewasa bersayap panjang sebanyak 340 biji. Telur berwarna putih pada peringkat awal dan bertukar menjadi gelap bila hampir hendak menetas di mana tempoh menetas antara 5-8 hari.


Anak jelmaan(nimfa) melalui 5 peringkat instar dan jangkamasa nimfa membesar antara 11-15 hari. Nimfa sangat aktif dan menghisap cairan dari pangkal pokok padi.


Bena dewasa hidup selama 20 hari.



Kawalan


Untuk kawalan yang berkesan, petani/pesawah adalah dinasihatkan untuk melakukan pemantauan yang rapi ke atas sawah bagi mengetahui populasi bena dan sahabat ladang. Tahap Tindakan Kawalan (TTK) bagi bena perang adalah 1 sahabat ladang : 10 bena perang.

Jika populasi melebihi TTK kawalan secara kimia adalah perlu dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti:


i. Imidacloprid

Kadar: 0.2 lit/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: III


ii. Fipronil

Kadar : 0.3 lit/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: II


iii. Cartab hydrocloride

Kadar: 2 kg/ha

TDMH: 21 hari

Kelas: III



Masterjii @ Agroclinic Ismadi.























































































































































Jumaat, 1 Julai 2011

PENGOREK KULIT BUAH RAMBUTAN (Husk borer)




Nama saintifik: Conogethes punctiferalis Guen


Order: Lepidoptera


Famili: Pyralidae



Larva meninggalkan "fras" pada bahagian yang diserang






Pengorek kulit buah ( Conogethes punctiferalis ) menyerang tanaman seperti rambutan, durian, pulasan, koko dan jambu batu dengan mengorek bahagian kulit putik dan buah yang sedang membesar. Walaupun larva pengorek hanya merosakkan bahagian kulit buah sahaja namun serangan teruk yang menembusi bahagian kulit hingga ke isi akan menyebabkan kualiti buah akan terjejas dan buah sukar dipasarkan. Kehadiran pengorek dapat dikenalpasti melalui tinggalan "fras" dan terowong sawang pada bahagian yang diserang.




Kawalan.




Kawalan secara kultura




1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.


2. Kutip dan musnahkan putik/buah yang diserang


Kawalan secara kimia.




Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga bila perlu sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti:




i. Cypermethrin.


Kadar : 0.45lit/ha


TDMH: 14 hari


Kelas: III