ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........
Ahad, 15 September 2013
KOYA NANAS ( Pineapple mealy bug )
Nama Biasa : Koya Nanas
Nama Saintifik : Dysmicoccus brevipes Cockerell
Famili : Pseudococcus
Order : Homoptera
Koya menyerang dengan cara menghisap cairan sel pada pokok dan buah lantas menyebabkan pertumbuhan pokok terjejas dan saiz buah menjadi kecil. Koya juga adalah vektor kepada Penyakit Merah Nanas.
Koya mengeluarkan rembesan madu ( Honey Dew ) dan menarik perhatian semut dan kerengga seterusnya serangga ini bertindak sebagai agen menyebar koya ke pokok yang lain. Kehadiran semut dan kerengga dalam koloni koya perlu dikawal supaya penyebaran koya tidak merebak .
Dysmicoccus brevipes boleh membiak tanpa persenyawaan dan melalui persenyawaan dan tidak bertelur di mana telur menetas di dalam badan ibu seterusnya ibu akan melahirkan anak.
Kawalan:
Gunakan racun serangga yang disyorkan dan baca label pada botol racun sebelum menggunakannya.
Guna racun secara berhemah dan hargailah nyawa anda kerana racun boleh membunuh.
1. Bahan aktif : Malathion
Kadar : 0.47lit/ha
Kelas IV
2. Bahan aktuif : Dimethoate
Kadar : 0.7 lit/ha
Kelas : II
Rujukan SISMARP Jabatan Pertanian
Langgan:
Catatan (Atom)