ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Selasa, 19 April 2011
LABAH-LABAH LINKS
Nama biasa: Labah-labah Links
Nama saintifik: Oxyopes javanus
Labah-labah hidup dalam sudur padi dan suka kepada habitat kering.Labah-labah suka menjelajah sawah padi dan akan menyembunyikan diri dari mangsa sehingga berada pada jarak yang boleh menyerang mangsa. labah-labah ini tidak mempunyai sarang jaringan dan memburu secara langsung. Boleh bertelur antara 200-300 biji dan boleh membunuh mangsa 2-3 ekor sehari.
Rujukan: IRRI
Foto: Masterjii
LABAH-LABAH PEMBURU
Nama biasa: Labah-labah pemburu
Nama saintifik: Lycosa pseudoannulata
Sejenis sahabat ladang yang cepat bergerak dan menguasai sawah padi dan memakan serangga perosak padi sebelum populasi perosak bertambah. Labah-labah betina mengeluarkan 200-300 telur sepanjang hayatnya. Tidak mempunyai sarang dan membunuh mangsa secara langsung dan boleh memakan 5-15 mangsa sehari.
Rujukan: IRRI
Foto: Masterjii
LABAH-LABAH RAHANG PANJANG
Nama biasa: labah-labah rahang panjang
Nama saintifik: Tetragnatha maxillosa
Sahabat ladang yang mempunyai badan dan kaki yang panjang dan selalu dilihat kaki terjulur sepanjang daun pokok padi. Boleh hidup selama 1-3 bulan dan mengeluarkan telur antara 100-300 biji. labah-labah ini akan berehat di dalam sudur padi pada waktu tengahari dan menunggu mangsa di dalam sarang jaringan pada waktu pagi. Tetragnata boleh membunuh 2-3 mangsa sehari.
Rujukan : IRRI
Foto: Masterjii
ULAT JANTUNG KOBIS/TIMUN./SAWI
Nama biasa: Ulat jantung kobis/timun/sawi
Nama saintifik:
Kerosakan
Larva peringkat awal menyerang secara berkumpulan dimana lapisan daun dimakan hingga nampak rangka atau tulang daun. Pada tanaman timun, bahagian pucuk juga diserang. Larva biasanya memakan daun dari bahagian dalam daun yang bergulung atau daun yang bertindih.
Larva berwarna hijau kekuningan dimana terdapat dua jalur berwarna kuning yang jelas kelihatan dibahagian batang dan bahagian sisi. Kepala berwarna hijau keperangan.
Kawalan
Kawalan secara kultura
1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.
2. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.
3.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dewasa ( kupu-kupu )di ladang
.4.Kutip dan musnahkan larva yang menyerang bahagian tanaman.
5.Cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar.
Kawalan secara kimia
Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 5% seperti:
Bahan aktif : Lambda- cyhalothrin
Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )
Kadar: 0.9 liter/hektar
TDMH : 7 hari
Kelas : II
Contoh nama dagangan: Trekker 28, Recca 280
ULAT KUNTUM/ULAT TONGKOL
Nama biasa: Ulat Kuntum . Ulat Tongkol
Nama saintifik: Helicoverpa armigera
Ulat memakan rerambut dan seterusnya mengorek lubang di hujung tongkol dan memakan biji-biji jagung. Sasaran ulat adalah tongkol muda yang belum matang. Serangan yang teruk akan menyebabkan kerugian hasil yang tinggi.
Kawalan
Kawalan secara kultura.
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2. Lakukan pemantauan dengan kerap bagi mengetahui status kewujudan dan populasi perosak.
3.Kutip dan musnahkan tongkol yang mengandungi ulat.
Kawalan secara kimia.
Guna racun kimia bila perlu dan berhemah dengan mematuhi peraturan di label.
Perawis aktif :beta-cyfluthrin
Formulasi :Pekatan Teremulsi (EC)
Kadar: 1.5 L
Kelas : III
ULAT PENGOREK BATANG JAGUNG
Nama biasa: Ulat Pengorek Batang Jagung
Nama saintifik: Ostrinia furnacalis
Merupakan salah satu perosak utama tanaman jagung. Serangan ulat boleh berlaku selepas 3-4 minggu jagung ditanam. Tanda awal serangan ulat adalah lapisan luar daun yang dimakan dan deretan lubang yang melintang daun. Pada pokok muda ulat mengorek ke dalam pucuk dan menyebabkan pokok mati. Pada pokok tua, ulat mengorek ke dalam batang melalui buku ruas yang mengakibatkan batang menjadi lemah dan mudah patah. Terdapat 'fras" pada batang yang dikorek oleh ulat. Ulat ini juga menyerang tongkol buah jagung dengan mengorek tongkol jagung seterusnya menjejaskan kualiti buah.
Kawalan
Kawalan secara kultura.
1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2. Jalankan pemantauan ladang dengan lebih kerap bagi mengetahui status kewujudan dan serangan perosak.
3. Kutip dan musnahkan larva yang menyerang pokok.
Kawalan secara kimia
Kawal dengan racun kimia bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arahan penggunaan seperti dilabel.
Perawis aktif: chlorpyrifos
Formulasi: Pekatan Teremulsi (EC)
Kadar: 1.1 lit/Ha
Foto: Masterjii