ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 27 April 2011

ULAT GULUNG DAUN PISANG






Nama biasa: Ulat Gulung Daun Pisang
Nama saintifik: Erionata thrax

Serangan
Larva merosakkan daun dengan mengerat dan menggulung daun di sepanjang tulang daun untuk membentuk kelongsong. Larva bersembunyi dan memakan di dalam kelongsong sehingga ia menjadi kepompong. Serangan yang teruk mengakibatkan daun akan hanya tinggal tulang sahaja.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Kutip dan musnahkan kelongsong dan larva didalamnya.

Kawalan secara kimia.
Selalunya aras serangan adalah rendah dan kawalan secara kimia tidak begitu ekonomik.

ULAT BUNGKUS PAGODA







Nama biasa: Ulat Bungkus Pagoda (Pagoda bagworm)
Nama saintifik: Pagodiella hekmeyeri

Kerosakan
Mudah dikenali melalui struktur perlindungan seperti pagoda. Sering dijumpai menyerang daun jambu air dan durian belanda. Larva memakan lapisan epidermis menyebabkan daun yang diserang kering dan berlubang-lubang lantas menghalang proses fotosintisis ,akhirnya daun kering dan gugur.

Kawalan.
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Lakukan pemangkasan dengan sempurna.
3.Kutip dan musnahkan larva dan kepompong yang menyerang tanaman.

Kawalan secara kimia

lakukan kawalan secara kimia bila perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi arahan dilabel.
Perawis aktif yang disyorkan:
lamda-cyhalothrin


Foto: Masterjii

ULAT PENGOREK BUAH NANGKA







Nama biasa: Ulat Pengorek Nangka
Nama saintifik: Margaronia caesalis

Kerosakan.
Larva mengorek buah dan pucuk. Lazimnya perosak menyerang pada peringkat buah berputik(4minggu) hingga peringkat buah matang.serangan menyebabkan putik buah gugur. Pada peringkat buah matang, larva akan mengorek buah dan merosakkan ulas dan biji nangka.Terdapat fras pada bahagian buah yang diserang. Akibat serangan juga akan menggalakkan jangkitan kulat pada bahagian yang rosak dan reput.

Kawalan
Kawalan secara kultura.

1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.jalankan pemantaua yang kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak di ladang.
3.Lakukan penjarangan buah kerana buah yang rapat dan bersentuh antara satu sama lain akan menggalakan serangan perosak.
4.Potong dan musnahkan buah atau putik buah yang diserang.
5.Bungkus buah pada peringkat putik bagi mengelakkan diserang perosak.

Kawalan secara kimia
Lakukan kawalan secara kimia jika perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi peraturan di label. sembur pada bahagian pucuk dan buah.
Perawis aktif yang disyorkan:
Cypermethrin 6-9ml/4.5lt air

Foto: Masterjii