ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 25 April 2011

KUMBANG LENTING/KABUH LENTING




Nama biasa: Kumbang lenting/Kabuh lenting
Nama saintifik: Phyllotreta vittata

Kerosakan
Merupakan sejenis kumbang kecil yang sering menyerang sayuran berdaun terutama tanaman sawi. Serangga berwarna hitam dengan belang keputihan pada bahagian belakang, akan melompat atau melenting apabila diganggu. Serangga dewasa memakan daun sawi dan akan menyebabkan daun berlubang kecil. Larva yang baru menetas akan bergerak dari pangkal pokok terus ke tanah dan memakan akar dan pangkal anak benih menyebabkan anak benih mati.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Jalankan pemantauan dengan lebih kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak.
3.Kutip dan musnahkan kumbang bila dijumpai.

Kawalan secara kimia
Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arah dilabel
Perawis aktif yang disyorkan :
malathion
kadar:1.35 L/ha
TDMH: 7 hari
Kelas: III

FOTO: Masterjii






ULAT PENGOREK BUAH LIMAU








Nama biasa: Ulat Pengorek Buah Limau
Nama saintifik: Citripestis sagittiferella

Kerosakan.
Merupakan perosak utama tanaman limau khususnya limau bali. Serangga menyerang dengan mengorek ke dalam buah dan merosakkan isi buah. Tanda serangan apabila terdapat timbunan sisa makanan dan lelehan pada lubang buah yang dikorek. Pada buah yang telah diserang, separuh bahagian bawah buah bertukar menjadi kuning.

Kawalan
Kawalan seraca kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi khususnya pertumbuhan rumpai di ladang.
2. Bungkus buah limau pada peringkat sebesar guli bagi mengelakkan dari diserang perosak.
3.Kutip dan musnahkan buah-buah yang diserang damada yang telah gugur atau yang masih ada di atas pokok.

Kawalan secara kimia
Penggunaan racun kimia tidaklah begitu ekonomik bagi mengawal serangga ini.
Gunakan racun kimia bila perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi arahan dilabel.
Perawis aktif yang disyorkan:
profenofos
Kadar:2.55 L + 1.5 L lufenuron(5.36% )
Kelas: II
TDMH:14 hari

Foto: Masterjii