Penyebab: Kulat Cordana musae
Penyakit bintik Cordana merupakan penyakit utama yang sering menyerang daun pisang. Simptom awal dapat dilihat apabila timbul bintik-bintik lonjong/bulat telur dan kadang-kadang seakan berlian diatas permukaan daun. Kemudian bintuk tersebut membesar dan berwarna coklat pucat dan berpusar dengan tepi berwarna coklat kemerahan,di kelilingi halo berwarna kuning cerah.Bila matang, bintik berbentuk bulat bundar akan kelihatan. Bintik pada permukaan bawah pula mengandungi spora dan berwarna kelabu.
Simptom awal
Serangan yang teruk pada permukaan daun akan menyebabkan kawasan hijau berkurangan dan menghalang proses fotosintisis.
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Saliran ladang hendaklah sempurna.
3. Potong dan musnahkan pelepah yang dijangkiti.
Kawalan secara kimia
Kawalan secara kimia bila perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi peraturan dilabel.
Perawis aktif yang disyorkan adalah:
Mancozeb
Kadar 1.5kg/ha
TDMH:14 hari
Kelas : IV
Foto: Masterjii 2011