ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 3 Jun 2011

RICE GALL MIDGE

Nama saintik: Orseola oryzae
Order: Diptera
Famili: Cecidomyiidae









Nyamuk merah adalah penyebab kepada penyakit tombak padi yang menyerang tanaman padi sejak akhir-akhir ini. Dewasa bersaiz seperti seekor nyamuk di mana nyamuk betina berwarna kemerahan di bahagian abdomen. Nyamuk merah bertelur di bawah daun dan kadangkala juga bertelur di pelepah daun.

Pada musim kering, nyamuk merah yang tidak aktif (inactive midge) sering ditemui di kawasan rumpai yang bertindak sebagai perumah dan akan aktif apabila tiba musim basah.
Kitaran hidup antara 9 -14 hari didalam perumah dan 9-26 hari pada tanaman padi.

Kerosakan


Kerosakan terjadi selalunya dipanggil “daun bawang” dimana anak pokok akan mengeluarkan pucuk akan bergulung menyerupai daun bawang (Onion shoot). Anak pokok padi yang diserang tidak akan mengeluarkan tangkai buah dan seterusnya akan menjejaskan hasil.



Kawalan


Kawalan secara kultura.


1. Musnahkan rumpai dan bakar tunggul padi dan jerami yang menjadi perumah kepada nyamuk(midge).


2.Jalankan penyediaan kawasan yang sempurna sebelum menabur/menanam.


3.Gunakan perangkap lampu kerana nyamuk (midge) dewasa aktif pada waktu malam dan tertarik kepada lampu. ( syam et. al.2007)


4. Musuh semulajadi seperti Labah-labah Rahang Panjang ( Tetragnatha maxilolosa) dan Labah-labah Bulat ( Argiope caltinulata) boleh mengawal populasi nyamuk(midge) di sawah.






Kawalan secara kimia.



Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga sistemik yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:





Carbofuran

Kadar: 15kg/ha

Kelas: II




Masterjii @ Agroclinic Ismadi




BENA HIJAU( GREEN LEAFHOPPER)

Nama saintifik: Nephotettix virescens

Order: Homoptera

Famili: Cicadellidae









Bena hijau merosakkan tanaman padi samada dengan menghisap cecair dari pokok padi atau membawa virus yang menyebabkan penyakit merah (PMV). Kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan cecair tidaklah begitu penting juka populasi bena hijau rendah. Walaubagaimana pun kejadian penyakit merah virus(PMV) boleh berlaku jika populasi Nephotettix virescens meningkat dan membawa virus. hanya pembawa yang "infective" sahaja yang boleh menjangkitkan virus tersebut dimana kebanyakan bena hijau yang "infective"akan menjadi pembawa bukan infective setelah 4-5 hari atau setelah menjalani proses salin kulit. Selepas itu bena hijau mesti mendapatkan virus baru dari tanaman padi yang berpenyakit supaya ia boleh menjangkitkan virus kepada pokok padi yang lain. Nephotettix virescens juga membawa virus yang menyebabkan penyakit padi jantan.

Edaran hidup bena hijau antara 17-41 hari di mana bena betina bertelur antara 100-300 biji telur warna putih, berbentuk curut dalam kumpulan di bahagian belakang seludang daun dan akan menetas antara 4-12 hari.


Nim (anak bena) melalui 5 peringkat instar dan tempoh peringkat anak antara 14-29 hari. Dewasa berwarna hijau di mana bena betina lebih besar dari bena betina.


Kawalan.

Kawalan dengan menggunakan racun serangga dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti:

i) cabaryl

ii) cartap hydrochloride

iii) buprofezin

iv) malathion

v) fenubucarb

Masterjii 2011.











ULAT RATUS

Nama saintifik: Spodoptera mauritia









Serangan ulat ratus (Spodoptera mauritia) telah menjadi masalah utama kepada tanaman padi sejak akhir-akhir ini. Serangan ke atas tanaman padi selalunya bermula pada peringkat padi yang diubah atau di peringkat semaian. Pada mulanya larva memakan daun secara sedikit- sedikit dan serangan bertambah teruk apabila larva membesar di mana ia memakan banyak daun. Serangan akan menyebabkan hanya urat-urat daun dan batang padi yang tinggal. Ulat ratus selalunya merebak dengan mengejut dan populasinya yang begitu tinggi akan menyebabkan kerosakan yang teruk dalam jangkamasa yang pendek.


Larva yang baru keluar berwarna hijau berukuran 2mm panjang dan bertukar menjadi perang apabila ia membesar. Jarak masa larva membesar antara 15-24 hari setelah melalui 7 peringkat instar. Larva menjadi kepompong di dalam tanah dan peringkat kepompong memakan masa 7-14 hari.


Kupu-kupu betina bertelur antara 200-300 biji dalam kumpulan di permukaan bawah hujung daun dimana telur-telur tersebut ditutup dengan bulu-bulu yang berwarna perang. Telur akan menetas dalam masa 2-3 hari.


Kawalan

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:


i) Cartab hydochloride

ii) diazinon

iii) trichlorfon

iv) carbosulfan

v) penthoate


Gunakan racun kimia secara berhemah dan patuhilah peraturan seperti di label.



Masterjii 2011