ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Ahad, 15 September 2013

KOYA NANAS ( Pineapple mealy bug )




Nama Biasa : Koya Nanas
Nama Saintifik : Dysmicoccus brevipes Cockerell
Famili : Pseudococcus
Order : Homoptera

Koya menyerang dengan cara menghisap cairan sel pada pokok dan buah lantas menyebabkan pertumbuhan pokok terjejas dan saiz buah menjadi kecil. Koya juga adalah vektor kepada Penyakit Merah Nanas.

Koya mengeluarkan rembesan madu  ( Honey Dew ) dan menarik perhatian semut dan kerengga seterusnya serangga ini bertindak sebagai agen menyebar koya ke pokok yang lain. Kehadiran semut dan kerengga dalam koloni koya perlu dikawal supaya penyebaran koya tidak merebak .







Dysmicoccus brevipes  boleh membiak tanpa persenyawaan dan melalui persenyawaan dan tidak bertelur di mana telur menetas di dalam badan ibu seterusnya ibu akan melahirkan anak.

Kawalan:
Gunakan racun serangga yang disyorkan dan baca label pada botol racun sebelum menggunakannya.
Guna racun secara berhemah dan hargailah nyawa anda kerana racun boleh membunuh.

1. Bahan aktif : Malathion
    Kadar : 0.47lit/ha
    Kelas IV

2. Bahan aktuif : Dimethoate
    Kadar : 0.7 lit/ha
    Kelas : II

Rujukan SISMARP Jabatan Pertanian

Khamis, 12 September 2013

ULAT PENGOREK BIJI RAMBUTAN

Nama Biasa: Pengorek Biji Rambutan
Nama Saintifik: Deudorix epijarbas
Order: Lepidoptera
Famili: Lycaenidae

Pengorek Biji Rambutan bukanlah merupakan perosak utama tanaman rambutan berbanding dengan perosak lain seperti Koya ( Planococcus citri ), Cocoa Pot Borer 
( Conopormorpha cramerella) namun dengan kemasukan buah rambutan dari negara jiran dan kehadirannya telah mula di kesan, adalah tidak mustahil perosak ini akan mendatangkan masalah sekiranya populasinya meningkat dari masa kesemasa.

Larva bersaiz besar dan boleh dikesan kehadirannya melalui " frass " yang ditinggalkan pada bahagian luar buah rambutan. " Frass" atau najis berwarna putih, bersaiz besar menandakan ianya masih baru di mana larva berada di dalam biji buah rambutan. Tidak banyak penulisan memperkatakan tentang Deudorix epijarbas ini manakala untuk merakam imej perosak ini pun, penulis mengambil masa musim / dua tahun untuk mencarin dan mendapatkannya.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah peka dengan kehadiran pelbagai perosak baru kerana sifat mengambil mudah dan memandang ringan terhadap sesuatu perkara akan mendatang masalah untuk mengawal apabila populasinya meningkat suatu masa nanti.







Rabu, 11 September 2013

KUMBANG KHAPRA ( KHAPRA BEETLE ) - Serangga Perosak Bijirin Yang Berbahaya.

 Kumbang Khapra ( Khapra beetle ), nama saintifiknya Trogoderma granarium  merupakan sejenis perosak simpanan bijirin ( Pest of Stored Product) yag berasal dari Asia Selatan. Bermula di India kemudiannya merebak ke Negara Mediterranean, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Kumbang Khapra gemar kepada cuaca panas dan kering dan mudah dijumpai di tempat-tempat simpanan bijirin seperti beras, gandum, jagung dan juga tempat simpanan guni-guni jut terpakai. 

Serangan akan menyebabkan bijirin akan menjadi hancur antara 5-30% dan boleh mencapai 70% jika serangan teruk. Di Malaysia, kes serangan adalah berpunca dari penggunaan guni-guni terpakai yang tidak di fumigasi sebelum dijual kepada kilang-kilang beras. Serangan kumbang khapra agak sukar untuk dikawal kerana kumbang mampu hidup tanpa makanan dalam jangkamasa yang panjang dan kebal kepada racun serangga. Kawalan berkesan dengan menggunakan kaedah fumigasi sahaja.

Larva berukuran antara 1.6 - 1.8mm berwarna kuning keputihan ( yellowish white ) pada abdomennya dan kepala berwarna coklat ( brown ) dan mempunyai ekor dan badan yang berbulu. Warna larva akan bertukar kepada warna keemasan ( golden ) atau perang apabila membesar dan pertumbuhan bulu di abdomen akan bertambah . Larva yang matang berukuran 6mm panjang dan 1.5mm lebar. Larva memakan semua bijirin seperti beras, gandum, barli, kekacang , jagung dan sebagainya.

Serangan kumbang khapra akan menjejaskan ekspot komoditi ke luar negara dan mendatangkan kerugian kepada banyak pihak dan negara.











Selasa, 10 September 2013

VINCA....TANAMAN HIASAN YANG SENANG DAN MENYENANGKAN


Vinca L atau nama Inggerisnya Periwinkle dikenali dalam masyarakat Malaysia dengan pelbagai panggilan seperti Jalang Kampung, Pokok Bunga Kubur, Kemunting Cina dan sebagainya. Pohon ini tumbuh terbiar tanpa diberi perhatian oleh penanam pokok bunga berbanding dengan pokok hiasan lain.
Vinca tergolong dalam keluarga Apocyaceae terdiri dari berbagai warna  dan corak pada bunganya dan tidak berbau.Pembiakan melalui biji benih dan mempunyai jangka hayat hidup yang agak panjang. Pokok Vinca mudah diurus kerana kurang diserang oleh penyakit dan perosak.
Sejak akhir-akhir ini ramai penanam pokok hiasan telah mula meminati pokok Vinca hasil dari kemunculan spesis Hibrid  seperti "Vinca Mediterranean Series", " Vinca Tropic Series ", " Vinca King Kong Series "yang mengeluarkan kelopak bunga yang besar , rajin berbunga serta mengeluarkan warna yang menarik disamping mengekalkan  sifat pokok yang lasak, tahan panas dan mudah diurus.
Pokok Vinca boleh ditanam di atas tanah sebagi pokok "shrubs", dalam pasu atau digantung 
( Trailing). Menanam pokok Vinca adalah sangat mudah, senang dan menyenangkan. Apa yang perlu adalah ketekunan dan kerajinan serta kreativiti penanam untuk mengolah dan mengadun agar menghasilkan satu persembahan yang menarik.

SELAMAT MENCUBA...ANDA PASTI MENYUKAINYA......SEPERTI SAYA..........













Khamis, 10 Januari 2013

ULAT PENGOREK KERUPING

Nama Biasa: Ulat Pengorek Keruping ( Scab borer )
Nama saintifik: Parasinoxena viridissima Zeller
Famili : Galleridae
Order: Lepidoptera
Tanaman : Dokong






Keruping adalah masalah utama pada tanaman dokong dan juga rambutan dan selalunya kejadian keruping dikaitkan dengan serangan perosak atau kulat. Menurut penyelidikan dari pihak MARDI mendapati keruping bukanlah disebabkan oleh pembawa seperti serangga atau pun perosak tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti masalah pengairan dan juga unsur macro dan micro.

Larva parasinoxena viridissima mengorek lapisan keruping  dan menghancurkan keruping yang ada di dahan pokok dan tidak mengorek ke bahagian tisu hidup.





Foto diambil di Putri Ayu Resort & Training Center. Yan
Tarikh : 9.1.2013
Rujukan : MARDI