Kepinding hijau atau nama saintifiknya Rhynchocoris humeralis Thunbg menyerang pucuk,daun muda dan buah.
Serangga dewasa dan nim menyerang dengan menghisap cairan sel pada urat daun dan permukaan buah. Pucuk yang diserang oleh kepinding akan layu dan mati. Isi buah yang diserang menjadi kering. Biasanya kepinding hijau ini mudah dijumpai pada tanaman limau.
Kawalan
Kultura
i. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
ii.lakukan pemangkasan pokok dengan sempurna.
iii.Balut buah bagi mengelakkan dari diserang kepinding dan lain-lain serangga penghisap.
Kimia
Sembur dengan racun kimia bila perlu sahaja dengan menggunakan racun kimia , perawis aktif Cypermethrin atau Dimethoate.
Sumber rujukan: MARDI
Foto : Masterjii