ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 20 Julai 2011

ULAT PENGOREK BATANG KEPALA HITAM








Nama saintifik: Chilo polychrusus.

Order: Lepidoptera
Famili: Crambidae

Larva mempunyai kapsul kepala berwarna hitam dan bahagian abdomennya berjalur perang . Larva bersalin kulit sebanyak lima(5) kali dan mengambil masa antara 16-43 hari sebelum menjadi kepompong.


Kepompong berwarna perang kekuningan dan peringkat kepompong mengambil masa 4-8 hari.

Kupu-kupu betina bertelur di bahagian atas dan bawah daun permukaan daun dalam beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 20-150 biji dan menetas antara 4-7 hari.

Kupu-kupu jantan berwarna kuning muda serta bersisik berwarna perang di bahagian sayap hadapan. Hampir dengan sayap hadapan terdapat titik-titik kecil berwarna hitam . Kupu-kupu jantan adalah lebih kecil dari kupu-kupu betina.

Kerosakan

Larva mengorek batang dan memakan tisu sehingga sampai ke ruas dan terus memakan tisu di bahagian ruas yang menyebabkan batang menjadi lemah dan mudah tumbang. Simptom serangan berbeza mengikut peringkat tanaman di mana jika serangan di peringkat beranak, anak padi menunjukkan tanda"mati pucuk" dan jika berlaku pada peringkat padi sedang berbuah, tanda seperti"bulu ayam" akan berlaku di mana tangkai mengeluarkan biji padi yang kosong atau separuh berisi.

Kawalan

Kawalan dengan menggunakan racun serangga yangmengandungi perawis aktif disyorkan seperti:

i) Fipronil
Kadar: 10ml/ha
TDMH: 14 hari
Kelas: II

ii) Cartap hydrochloride
Kadar: 0.45kg/ha
Kelas: II



Masterjii 2011 @ Agroclinic Ismadi