ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 1 Julai 2011

PENGOREK KULIT BUAH RAMBUTAN (Husk borer)




Nama saintifik: Conogethes punctiferalis Guen


Order: Lepidoptera


Famili: Pyralidae



Larva meninggalkan "fras" pada bahagian yang diserang






Pengorek kulit buah ( Conogethes punctiferalis ) menyerang tanaman seperti rambutan, durian, pulasan, koko dan jambu batu dengan mengorek bahagian kulit putik dan buah yang sedang membesar. Walaupun larva pengorek hanya merosakkan bahagian kulit buah sahaja namun serangan teruk yang menembusi bahagian kulit hingga ke isi akan menyebabkan kualiti buah akan terjejas dan buah sukar dipasarkan. Kehadiran pengorek dapat dikenalpasti melalui tinggalan "fras" dan terowong sawang pada bahagian yang diserang.




Kawalan.




Kawalan secara kultura




1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.


2. Kutip dan musnahkan putik/buah yang diserang


Kawalan secara kimia.




Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga bila perlu sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti:




i. Cypermethrin.


Kadar : 0.45lit/ha


TDMH: 14 hari


Kelas: III