ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 16 Mei 2011

KUTU TUMBUH-TUMBUHAN

Cyrtorhinus lividipennis

Famili: Hemiptera





Cyrtorhinus adalah spesis serangga yang memakan tumbuhan dan bertindak sebagai pemangsa secara sekunder khasnya telur dan nimfa bena. Kutu tumbuhan ini berwarna hijau dan hitam di bahagian kepalanya dan membiak dengan banyaknya di sawah yang diserang oleh bena.Setiap pemangsa boleh memakan antara 7-10 biji telur atau 1-5 bena sehari.

Rujukan: IRRI
Foto: Masterjii 2011




















PARASIT LARVA -Penyengat

Charops brachypterum
Famili: Hymenoptera






Penyengat berbadan hitam dengan tanda kekuningan dan jingga pada sesungut. Penyengat mencari larva lipat daun dan pengorek batang kuning. Untuk memparasitkan larva pengorek batang padi, penyengat akan mencari larva kemudian menikam batang padi dengan ovipositor dan meletakkan sebiji telur dekat larva perumah. Apabila parasit tanpa kaki menetas, ia akan bergerak ke badan perumah dan menggigit badan perumah dan memakan bendalir badan yang meleleh keluar dan akhirnya larva perumah mati. Apabila larva penyengat bersedia menjadi pupa, ia meninggalkan batang padi dengan bergantung pada satu benang sutera yang melekat pada sehelai daun padi.Kemuadian ia membuat sarung kepompong (kokun) berwarna hitam dan putih. Kokun bergantung adalah untuk melindungi pupa dari pemangsanya. Penyengat dewasa hidup selama 3-5 hari.




Rujukan: IRRI


Foto: Masterjii 2011






















































PARASIT LARVA PENGOREK BATANG PADI


Xanthopimpla flavolineata Cameron

Famili: Hymenoptera






Sahabat ladang ini adalah sejenis penyengat yang berbadan tegap dan bersaiz sederhana. Berwarna jingga/kuning dengan tanda hitam pada setiap segmen abdomen. Badan bertekstur kasar dan ovipositornya berwarna hitam dan pendek. Penyengat memparasitkan larva pengorek batang dalam sawah padi. Penyengat sentiasa hinggap pada daun padi kerana ia bukanlah kuat terbang. Seekor penyengat muncul dari seekor pupa pengorek batang dan ia hidup selama 5-7 hari.


Rujukan: IRRI

Foto: Masterjii 2011