ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Ahad, 17 April 2011

KEPINDING MICTIS ( leaf footed bug)





Nama biasa: Kepinding Mictis
Nama saintifik: Mictis longicornis

Kerosakan
Perosak menyerang tanaman dengan menyerang daun muda dan pucuk. Nim dan serangga dewasa menghisap cairan sel pada urat daun yang akan mengakibatkan pucuk layu dan mati. Awasi ketika mendekati kepinding ini kerana ia akan "kencing " kepada sesiapa yang mendekatinya terutama pada musim mengawan.

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.

2. Amalkan pusingan tanaman kerana penanaman sesuatu Jenis tanaman berulangkali akan meningkatkan populasi perosak di ladang.

3. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

4.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap perosak di ladang.

5.Penggunaan plastic “ silver shine “ pada batas tanaman membantu dalam pengawalan perosak.

6. Kutip buah yang diserang, cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar bagi mengurangkan bilangan perosak.

7. Tanaman yang tidak produktif perlulah dicabut dan dimusnahkan bagi mengelakkan daripada menjadi perumah kepada perosak.

Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 10% seperti:

Bahan aktif : Thiamethoxam + lamda cyhalothrin

Formulasi : ampaian kapsul + pekatan ampaian

Kadar: 0.52 liter/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : II

Contoh nama dagangan : Alika ZC


KUMBANG KURA-KURA





Nama biasa : Kumbang Kura-kura
Nama saintifik: Epilachna indica
Tanaman: Terong,Peria

Larva dan kumbang dewasa merosakkan daun dengan mengikis dan memakan bahagian atas epidermis. Bahagian yang diserang menjadi lutsinar dan tinggal jaringan urat-urat daun.

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. . Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

2.Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan

3. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan kehadiran kumbang dari luar ladang.

4. Amalkan pusingan tanaman kerana penanaman sesuatu jenis tanaman berulangkali akan meningkatkan populasi perosak di ladang.

Kawalan secara kimia

Kawal dengan menggunakan racun kimia jika serangan melebihi 10%.

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

Bahan aktif : Deltamethrin

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 1.1 liter/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan: Decis 250

LELOMPAT DAUN



Nama biasa: Lelompat daun
Nama saintifik: Empoasca fabae
Tanaman: Bendi

Kerosakan

Serangga dewasa dan nimfa menghisap cecair daripada permukaan bawah daun sambil memasukkan bahan toksik kedalam daun. Simptom awal adalah bintik-bintik putih pada urat daun diikuti dengan klorosis dan nekrosis di bahagian tengah, hujung dan sisi daun. Terdapat juga simptom daun melengkung dan sisi daun menggerutu terutama pada tanaman bendi.

Kawalan

Kawalan secara Kultura

1. . Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

2.Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Kutu daun selalunya berselindung dibawah daun.

3. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan lelompat dari luar kawasan

datang keladang.

4 Gunakan perangkap pelekat biru ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dan memantau kehadiran kutu daun diladang.

5. Kehadiran kumbang-kumbang kura ( Lady bird ) dapat membantu mengawal populasi kutu daun kerana kumbang kura-kura merupakan musuh semulajadi kepada kutu daun.

Kawalan secara kimia

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

1. Bahan aktif : Acetamiprid

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC)

Kadar: 1.5 liter/hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan: Mospilan 3%

2. Bahan aktif : Thiamethozam

Formulasi : Butiran terserak air (WG)

Kadar: 0.1 kg/hektar

TDMH : 14 hari

Kelas : IV

Contoh nama dagangan: Actara 25 WG

Foto: Masterjii