ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Ahad, 17 April 2011

KEPINDING MICTIS ( leaf footed bug)





Nama biasa: Kepinding Mictis
Nama saintifik: Mictis longicornis

Kerosakan
Perosak menyerang tanaman dengan menyerang daun muda dan pucuk. Nim dan serangga dewasa menghisap cairan sel pada urat daun yang akan mengakibatkan pucuk layu dan mati. Awasi ketika mendekati kepinding ini kerana ia akan "kencing " kepada sesiapa yang mendekatinya terutama pada musim mengawan.

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.

2. Amalkan pusingan tanaman kerana penanaman sesuatu Jenis tanaman berulangkali akan meningkatkan populasi perosak di ladang.

3. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

4.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap perosak di ladang.

5.Penggunaan plastic “ silver shine “ pada batas tanaman membantu dalam pengawalan perosak.

6. Kutip buah yang diserang, cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar bagi mengurangkan bilangan perosak.

7. Tanaman yang tidak produktif perlulah dicabut dan dimusnahkan bagi mengelakkan daripada menjadi perumah kepada perosak.

Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 10% seperti:

Bahan aktif : Thiamethoxam + lamda cyhalothrin

Formulasi : ampaian kapsul + pekatan ampaian

Kadar: 0.52 liter/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : II

Contoh nama dagangan : Alika ZC


Tiada ulasan: