ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Khamis, 12 September 2013

ULAT PENGOREK BIJI RAMBUTAN

Nama Biasa: Pengorek Biji Rambutan
Nama Saintifik: Deudorix epijarbas
Order: Lepidoptera
Famili: Lycaenidae

Pengorek Biji Rambutan bukanlah merupakan perosak utama tanaman rambutan berbanding dengan perosak lain seperti Koya ( Planococcus citri ), Cocoa Pot Borer 
( Conopormorpha cramerella) namun dengan kemasukan buah rambutan dari negara jiran dan kehadirannya telah mula di kesan, adalah tidak mustahil perosak ini akan mendatangkan masalah sekiranya populasinya meningkat dari masa kesemasa.

Larva bersaiz besar dan boleh dikesan kehadirannya melalui " frass " yang ditinggalkan pada bahagian luar buah rambutan. " Frass" atau najis berwarna putih, bersaiz besar menandakan ianya masih baru di mana larva berada di dalam biji buah rambutan. Tidak banyak penulisan memperkatakan tentang Deudorix epijarbas ini manakala untuk merakam imej perosak ini pun, penulis mengambil masa musim / dua tahun untuk mencarin dan mendapatkannya.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah peka dengan kehadiran pelbagai perosak baru kerana sifat mengambil mudah dan memandang ringan terhadap sesuatu perkara akan mendatang masalah untuk mengawal apabila populasinya meningkat suatu masa nanti.