ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 3 Jun 2011

ULAT RATUS

Nama saintifik: Spodoptera mauritia









Serangan ulat ratus (Spodoptera mauritia) telah menjadi masalah utama kepada tanaman padi sejak akhir-akhir ini. Serangan ke atas tanaman padi selalunya bermula pada peringkat padi yang diubah atau di peringkat semaian. Pada mulanya larva memakan daun secara sedikit- sedikit dan serangan bertambah teruk apabila larva membesar di mana ia memakan banyak daun. Serangan akan menyebabkan hanya urat-urat daun dan batang padi yang tinggal. Ulat ratus selalunya merebak dengan mengejut dan populasinya yang begitu tinggi akan menyebabkan kerosakan yang teruk dalam jangkamasa yang pendek.


Larva yang baru keluar berwarna hijau berukuran 2mm panjang dan bertukar menjadi perang apabila ia membesar. Jarak masa larva membesar antara 15-24 hari setelah melalui 7 peringkat instar. Larva menjadi kepompong di dalam tanah dan peringkat kepompong memakan masa 7-14 hari.


Kupu-kupu betina bertelur antara 200-300 biji dalam kumpulan di permukaan bawah hujung daun dimana telur-telur tersebut ditutup dengan bulu-bulu yang berwarna perang. Telur akan menetas dalam masa 2-3 hari.


Kawalan

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:


i) Cartab hydochloride

ii) diazinon

iii) trichlorfon

iv) carbosulfan

v) penthoate


Gunakan racun kimia secara berhemah dan patuhilah peraturan seperti di label.



Masterjii 2011




Tiada ulasan: