ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 25 April 2011

KUMBANG LENTING/KABUH LENTING




Nama biasa: Kumbang lenting/Kabuh lenting
Nama saintifik: Phyllotreta vittata

Kerosakan
Merupakan sejenis kumbang kecil yang sering menyerang sayuran berdaun terutama tanaman sawi. Serangga berwarna hitam dengan belang keputihan pada bahagian belakang, akan melompat atau melenting apabila diganggu. Serangga dewasa memakan daun sawi dan akan menyebabkan daun berlubang kecil. Larva yang baru menetas akan bergerak dari pangkal pokok terus ke tanah dan memakan akar dan pangkal anak benih menyebabkan anak benih mati.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Jalankan pemantauan dengan lebih kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak.
3.Kutip dan musnahkan kumbang bila dijumpai.

Kawalan secara kimia
Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arah dilabel
Perawis aktif yang disyorkan :
malathion
kadar:1.35 L/ha
TDMH: 7 hari
Kelas: III

FOTO: Masterjii






Tiada ulasan: