ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Khamis, 21 Julai 2011

PENGOREK BATANG NANGKA (Larva)






Larva berukuran 8cm

Fras yang masih basah pada bahagian dahan pokok nangka


Lubang pernafasan yang dibuat oleh larva pengorek.


Kesan serangan pada bahagian dalam dahan.






Nama saintifik: Apriona flavescens Kaup.

Order: Coleoptera

famili: Cerambycidae

Serangan larva pengorek batang selalunya boleh dijumpai pada bahagian batang dan dahan pokok nangka. Serangan bermula pada bahagian ranting di mana larva yang baru menetas mengorek ranting yang akan menyebabkan daun menjadi layu dan kering. Larva akan terus mengorek ke bahagian yang lebih besar hingga ke batang utama.

Larva akan membuat lubang pernafasan pada dahan untuk mengeluarkan fras. Sekiranya terdapat fras yang masih basah pada dahan atau batang nangka, ini menunjukkan larva masih hidup dan berada di dalam batang atau dahan. Larva mempunyai jangkahayat yang panjang antara 80-120 hari dan mempunyai gigi yang kuat untuk mengorek dan mengunyah tisu kayu.

Peringkat kepompong berlaku di dalam tanah.


Kawalan


a.Kawalan secara kultura


i) Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik.

ii)lakukan pemangkasan pokok dengan sempurna.

iii) Cantas dan musnahkan dahan/ranting yang diserang.

iv) Lakukan pemantauan yang rapi bagi mengetahui kewujudan dan tahap serangan perosak.


b.Kawalan secara kimia.


Kawalan secara kimia boleh dilakukan dengan menyuntik racun serangga ke dalam lubang dahan/batang yang terdapat fras yang masih basah sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti Dimethoate. Tutup lubang dengan tanah liat atau plastisin dan ulangi rawatan sekiranya terdapat lagi fras baru selepas 3-4 minggu.





Tempat: Pusat Pembangunan komoditi.Gajah Mati.

Tarikh: 21.7.2011.




































































































































































































Tiada ulasan: