ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 2 Julai 2011

BENA PERANG ( Brown Leaf Hopper)

Nama saintifik: Nilaparvata lugens (Stal)

Order: Hemiptera

Famili: Delphacidae



Bena Perang ( Nilaparvata lugens ) merupakan perosak utama tanaman padi yang mengakibatkan kehilangan hasil yang banyak kepada penanam padi di Malaysia. Bena perang merosakkan tanaman dengan cara menghisap cecair dengan terlalu banyak yang mengakibatkan pokok padi menjadi kering dan musnah sama sekali. Serangan yang teruk dikenali sebagai "Hopper burn" atau "Bom" di kalangan pesawah.


Bena perang dewasa berwarna perang dan wujud dalam dua(2) bentuk iaitu dewasa bersayap pendek dan dewasa bersayap panjang di mana dewasa bersayap pendek lebih cenderung untuk membiak dan dewasa sayap panjang selalunya bersedia berhijrah untuk memulakan serangan baru.


Bena perang betina bertelur secara kumpulan di dalam kelopak daun dengan anggaran 80-700 telur sepanjang umurnya. Secara puratanya dewasa sayap pendek bertelur sebanyak 400 biji dan dewasa bersayap panjang sebanyak 340 biji. Telur berwarna putih pada peringkat awal dan bertukar menjadi gelap bila hampir hendak menetas di mana tempoh menetas antara 5-8 hari.


Anak jelmaan(nimfa) melalui 5 peringkat instar dan jangkamasa nimfa membesar antara 11-15 hari. Nimfa sangat aktif dan menghisap cairan dari pangkal pokok padi.


Bena dewasa hidup selama 20 hari.



Kawalan


Untuk kawalan yang berkesan, petani/pesawah adalah dinasihatkan untuk melakukan pemantauan yang rapi ke atas sawah bagi mengetahui populasi bena dan sahabat ladang. Tahap Tindakan Kawalan (TTK) bagi bena perang adalah 1 sahabat ladang : 10 bena perang.

Jika populasi melebihi TTK kawalan secara kimia adalah perlu dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti:


i. Imidacloprid

Kadar: 0.2 lit/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: III


ii. Fipronil

Kadar : 0.3 lit/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: II


iii. Cartab hydrocloride

Kadar: 2 kg/ha

TDMH: 21 hari

Kelas: III



Masterjii @ Agroclinic Ismadi.























































































































































1 ulasan:

absolomkaake berkata...

All you need to know about the all-natural habanero pepper in
The all-natural habanero pepper, at 100,000-350,000 units, 카지노 is extremely hot in the world. The kirill-kondrashin capsaicin can be distinguished by its intense heat from other