ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 4 Julai 2011

KOYA

Nama saintifik: Planococcus citri Risso

Order: Homoptera

Famili: Pseudococcidae



Koya ( Planococcus citri) pada buah

Semut hitam dan kerengga merupakan agen pembawa koya ke bahagian buah yang belum diserang.





Serangan koya pada buah akan menggalakkan pertumbuhan kulat kulapuk hitam.



Serangan koya adalah lazim bagi tanaman rambutan. Perosak menyerang bahagian buah yang masih hijau dan masak dengan cara menghisap cairan sel buah. Walaupun serangan koya tidak merosakkan bahagian isi tetapi kehadiran perosak yang melekat pada bahagian kulit buah akan menjejaskan nilai kosmetik dan mengurangkan nilai pasaran.

Selain daripada itu, perosak juga mengeluarkan rembesan madu (honey dew) yang menggalakkan pertumbuhan kulapok hitam yang boleh memburukkan lagi keadaan.Kehadiran semut dan kerengga membantu menyebarkan koya ke bahagian buah yang belum diserang.


Kawalan


Kawalan secara kultura adalah digalakkan dengan cara melakukan pemangkasan pokok yang sempurna bagi menggalakkan pengudaran dan pengaliran cahaya ke dalam kanopi pokok. Selain daripada itu, putik buah yang diserang koya hendaklah dikutip dan dimusnahkan bagi mengurangkan populasi perosak.



Kawalan secara kimia boleh dilakukan bila perlu dengan menggunakan semburan minyak putih ( white oil ) atau racun serangga dimethoate pada buah. Sila patuhi arahan penggunaan di label . Semut hitam boleh dikawal dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan kulapok hitam boleh dikawal dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi perawis aktif seperti benomyl.









Masterjii@Agroclinic Ismadi
















Tiada ulasan: