ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 15 Jun 2011

ULAT PENGOREK BATANG MERAH JAMBU

Nama saintifik: Sesamia inferens





Kupu-kupu betina bertelur antara kelopak daun dan batang padi dan tidak di atas permukaan daun. Telur berbentuk manik dan satu kumpulan mengandungi 30-100 biji telur. Telur menetas antara 6-10 hari.

Larva melalui 6 peringkat instar dan kadangkala bersalin kulit sebanyak 8 kali. Larva peringkat akhir berwarna merah jambu dan jangkamasa peringkat larva 28-56 hari.

Kepompong berwarna perang tua tetapi bahagian kepala berwarna unggu dan memakan masa selama 8-11 hari dan edaran hidup keseluruhannya antara 46-83 hari.


Kerosakan

Larva mengorek batang dan memakan tisu sehingga sampai ke ruas. Kadangkala ulat terus mengorek dan turun ke pangkal batang. Simptom serangan berbeza mengikut peringkat mana serangan berlaku. Jika berlaku di peringkat beranak, tanda mati pucuk akan kelihatan dan serangan pada peringkat berbuah tanda dipanggil "bulu ayam" akan kelihatan di mana tangkai mengeluarkan biji padi yang kosong atau separuh berisi.


Kawalan


Kawalan secara kimia boleh di jalankan dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:

1. Cartab hydrochloride
Kadar: 20kg/ha

TDMH: 30 hari

Kelas: IV


ii) Fipronil

TDMH: 45 hari

Kadar: 0.2L/ha

Kelas : II


iii) Buprofezin + cartab hydrochloride

TDMH: 14 hari

Kadar: 1 kg/ha

Kelas: III



Masterjii 2011 @ Agroclinic Ismadi































Tiada ulasan: