ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 17 Jun 2011

ULAT PENGOREK BATANG KUNING

Nama saintifik: Scirpophaga incertulas
Order: Lepidoptera
Famili: Pyralidae





Kupu-kupu jantan berwarna perang muda dan mempunyai bintik-bintik perang tua pada sayap hadapan. Kupu-kupu betina berwarna putih atau kuning muda dan semakin menguning ke arah hujung sayap. satu titik hitam terdapat di tengah-tengah sayap hadapan kupu-kupu betina. Kupu-kupu jantan adalah lebih kecil dari kupu-kupu betina.


Kupu-kupu betina bertelur antara 80-150 biji pada satu-satu kumpulan, telur ditutup dengan bulu-bulu yang terdapat di bahagian dubur. kupu-kupu betina bertelur di bahagian hujung permukaan helai daun dan juga pelepah daun. Telur menetas antara 7-10 hari.

Larva berwarna kuning dan di peringkat sebelum menjadi kepompong berukuran 20-25mm panjang. Jangkamasa peringkat larva antara 35-46 hari.


Kepompong berwarna putih kekuningan dan bertukar menjadi perang sebelum keluar kupu-kupu dan berlaku di dalam batang pokok padi. Jangkamasa peringkat kepompong antara 6-10 hari. Kerosakan akibat serangan ulat pengorek batang kuning adalah sama dengan lain-lain spesis ulat batang .


Edaran hidup keseluruhan antara 57-71 hari.



Kawalan


Kawalan dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:


i) Fipronil

Kadar : 0.3 lit/ha

TDMH: 7 hari.

Kelas : II


ii) Etofenprox

Kadar: 0.75 lit/ha

TDMH : 14 hari

Kelas : III


iii)Alpha-cypermethrin

Kadar : 0.15 lit/ha

TDMH : 7 hari.

Kelas: II





Masterjii @ Agroclinic Ismadi





































Tiada ulasan: