ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 24 Jun 2011

KOYA EKOR PENDEK (Short Tail mealy bug)

Nama saintifik: Pseudococcus spp
Order : Homoptera
Famili: Pseudococcidae





Serangan koya selalunya dipandang sepi oleh penanam durian berbanding serangan perosak durian yang lain. Walaupun serangan koya pada buah durian tidak begitu serius dan menjejaskan hasil namun ianya akan menurunkan kualiti buah dan agak sukar dijual di pasaran.

Nim dan koya dewasa menyerang bahagian buah dan ranting dengan cara menghisap cairan sel lantas mengeluarkan rembesan madu ( honey dew) yang akan menyebabkan kulat kulapok hitam tumbuh pada permukaan yang diserang oleh koya.

Kehadiran semut hitam dan kerengga membantu menyebarkan koya kepada bahagian atau buah yang belum diserang.


Kawalan.


Kawalan dengan racun kimia disyorkan yang mengandungi perawis aktif seperti berikut boleh dilakukan bila perlu:


i. White oil

Kadar : 57ml/4.5 litr air


ii. Malathion

kadar : 8ml/4.5 liter air





Masterjii 2011





















Tiada ulasan: