ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 24 Jun 2011

TERITIP DURIAN (Durian scale)



Nama saintifik: Phenacaspis hedyoticlis
Order: Homoptera

Famili: Diaspididae






Teritip durian bukanlah perosak utama yang boleh menjejaskan hasil tanaman durian. Walau bagaimanapun kehadiran teritip pada buah akan menjejaskan kualiti buah dan sukar dipasarkan.


Perosak menghisap cairan pada bahagian buah, daun dan ranting dan menggalakkan pertumbuhan kulat kulapok hitam.


Kawalan


Kawalan bila perlu dengan menggunakan kimia yang mengandungi peraswis seperti berikut:


i) White Oil


Kadar : 57ml/4.5liter air


ii) Dimethoate


Kadar: 15ml/10liter air




Masterjii 2011


































Tiada ulasan: