ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 25 Jun 2011

ULAT LAYAR (Case worm)

Nama saintifik : Nymphula depunctalis (Guen)

Order: Lepidoptera

Famili: Pyralidae





Kerosakan

Larva memakan bahagian atas permukaan daun yang lembut dan meninggalkan bahagian epidermis yang keras serta meninggalkan kesan tampong putih pada permukaan daun. Kebiasaannya beberapa ekor larva menyerang satu-satu pokok dan memotong bahagian daun untuk membuat kelongsong. Dalam serangan yang serius, daun-daun yang telah dipotong tetapi tidak dimakan dan juga yang mempunyai larva di dalamnya akan terapung di permukaan air.


Biologi

Ulat layar dewasa ( kupu-kupu) berwarna putih, panjang 6mm dan bukaan sayapnya 15mm.Hidup antara 4-8 hari dan kupu-kupu betina bertelur pada waktu malam. Telur diletakkan dalam satu atau dua barisan di bawah permukaan daun atau kelopak daun berhampiran dengan paras air dan akan menetas dalam masa 4 hari. Satu kumpulan telur mengandungi 20 biji telur dan seekor betina boleh bertelur sebanyak 20 biji sepanjang hayatnya.


Larva yang baru keluar berwarna krim dan berubah menjadi hijau dari instar kedua dan seterusnya. Larva melalui 5 peringkat instar yang memakan masa antara 13-26 hari. Sifat utama yang unik bagi larva ini ialah ia mempunyai barisan-barisan bebenang
yang terdapat pada bahagian tepi badannya bagi membolehkan ia hidup di dalam air. Bebenang putih ini jelas kelihatan apabila larva dibasahi oleh air. Dalam keadaan kering, bebenang putih ini akan melekat pada bahagian tepi badan larva.

Larva tinggal di dalam kelongsong dan hanya mengeluarkan kepala dan badannya apabila hendak bergerak atau makan. Proses menjadi kepompong berlaku dalam kelongsong daun yang melekat pada bahagian bawah batang padi hampir dengan paras air.Tempoh kepompong adalah 7 hari.

Kawalan


Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan racun kimia yang mengandungi perawis aktif seperti:


i) Malathion

Kadar: 0.55 lit/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: III


ii) Triclorfon

Kadar: 0.33kh/ha

TDMH: 14 hari.

Kelas: III




Masterjii @Agroclinic Ismadi







































Tiada ulasan: