ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 6 Mei 2011

LALAT BUAH



Nama biasa: Lalat Buah

Nama saintifik: Bactrocera carambolae.


Lalat buah menyerang dengan menyengat buah sebaik sahaja putik buah terbentuk memandangkan buah jambu air mempunyai kulit dan isi yang lembut walaupun pada peringkat putik. Lalat buah bertelur di dalam kulit buah kemudian larva yang menetas akan mengorek dan merosakkan isi buah. Putik dan buah muda gugur awal akibat serangan perosak.



Kitaran hidup lalat buah:

Telur : 1-2 hari

Larva: 8-10 hari

Kepompong : 10 hari.

Dewasa : 5-7 hari.

## Kepompong terbentuk di dalam tanah.





Kawalan:

Kawalan secara kultura

1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.

2. Kutip dan musnahkan buah yang diserang/gugur bagi membunuh telur dan larva dengan menanam 1-2 kaki ke dalam tanah.

3. Bungkus buah pada peringkat putik dengan plastik atau karung kertas. Sembur dengan racun serangga terlebih dahulu sebelum membungkus buah.





Menggunakan perangkap feromon


Kawalan lalat buah dengan menggunakan perangkap feromon methyl eugenol yang dicampur dengan racun serangga seperti cypermethrin. Penggunaan feromon ini adalah bagi memikat dan membunuh lalat buah jantan seterusnya akan mengurangan populasi alat buah dalam jangkamasa panjang.


Kawalan secara kimia

lakukan kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan dan patuhi arahan di label.

Perawis aktif yang disyorkan adalah seperti cypermethrin, fenthion.

Lakukan semburan secara bergilir seminggu sekali selepas pembentukan putik buah.



Rujukan: MARDI, SISMARP

Foto: Masterjii 2011








Tiada ulasan: