ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 6 Mei 2011

KUTU LONCAT LIMAU











Nama biasa: Kutu loncat limau

Nama saintifik: Diaphorina citri



Diaphorina citri merupakan vektor kepada penyakit "citrus greening" tanaman limau. Psilid menghisap cairan sel tanaman dan mengeluarkan rembesan manisan seterusnya menggalakkan pertumbuhan kulat kulapok hitam.

Air liur vektor mengandungi toksin yang menghalang pertumbuhan pucuk dan menyebabkan daun dan pucuk berkerekot. Kutu menyebarkan bakteria dari pokok yang berpenyakit kepada pokok yang sihat melalui suntikan air liur.Bakteria hidup di dalam tisu pembuluh dan menyekat pengaliran nutrien ke bahagian pokok dan menyebabkan pokok seperti kekurangan nutrien. Daun akan bertukar menjadi kuning, pertumbuhan pokok menjadi lemah dan penghasilan buah yang terjejas.Serangan yang teruk menyebabkan saiz daun dan buah menjadi kecil.
Peringkat awal jangkitan , terdapat tanda kekuningan di antara urat daun seperti pokok kekurangan zink atau ferum. Kekuningan bermula dari satu dahan ( sektorial simptom ) & merebak ke dahan lain.Pertumbuhan pokok terbantut. Terdapat juga bintik-bintik hijau pada daun akibat pengumpulan klorofil yang tidak serata. Klorosis antara urat daun limau mandrin/manis.Daun menjadi kecil melengkung seperti daun inai dan keras.Bentuk buah tidak seimbang bulat.Tompok kuning oren pada buah muda.Buah matang kecil ,keras. Pertumbuhan tunas menjadi rapat & tegak.Tunas & ranting mulai layu & mati serta daun gugur.Ujian PCR perlu dibuat untuk pengesahan.


Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Periksa pokok secara rawak dan perhatikan kehadiran Diaphorina citri samada dewasa atau anak(nim) pada pucuk baru dan daun muda
2. Tanda pokok dengan cat jika pokok terdapat simptom CG
3. Pasangkan perangkap pelekat kuning untuk mengesan kehadiran Diaphorina citri (5 perangkap/ha.)Populasi D.citri = 0 ( zero tolerance)
4. Mencatas dahan yang berpenyakit & bakar.
5. Buang pokok perumah famili Rutaceae (eg. Pokok Kari, pk.hiasan kemuning )


Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia hendaklah dilakukan di kawasan serangan atau apabila pokok mengeluarkan banyak pucuk baru. Gunakan racun serangga yang disyorkan seperti:

Perawis aktif: Imidacloprid

Kadar: 0.12 liter/ha

TDMH: 7 hari

Kelas:III

Perawis aktif: Diafenthiuron

Kadar: 1.0 liter/ha

TDMH: 28 hari

Kelas: II




Foto:masterjii 2011






















Tiada ulasan: