ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 6 Mei 2011

BINTIK DAUN SIGATOKA

Pengenalan.


Penyakit bintik daun Sigatoka merupakan salah satu penyakit utama tanaman pisang yang disebabkan oleh kulat. Terdapat dua jenis penyakit bintik daun sigatoka iaitu:


1. Penyakit Bintik Daun Sigatoka Hitam (Black Sigatoka).


Penyebab: Mycospaherella fijiensis


2. Penyakit Bintik Daun Sigatoka Kuning (Yellow Sigatoka).


Penyebab: Mycospaherella musicola.


Kulat penyakit sigatoka menghasilkan 2 jenis spora iaitu Sexual ascopora dan asexual conidia dimana sexual ascospora dihasilkan di dalam tisu dan dirembeskan ke udara apabila matang di mana jarak sebaran adalah jauh kerana dibawa oleh angin. Conidia pula dihasilkan diatas permukaan daun dan disebarkan melalui titisan air hujan/embun dan jarak sebaran kulat tidak jauh/di dalam kawasan ladang sahaja.



Sejarah Sigatoka


Sigatoka Hitam pertama kali dikenalpasti pada tahun 1963 di Viti Levu.Fiji manakala nama sigatoka diambil sempena nama sebuah bandar di Viti Levu.Fiji. Sigatoka kuning dikenalpasti di Jawa pada tahun 1992.



Simptom




1.Sigatoka Hitam


Peringkat awal, kelihatan jalur kuning kehijauan atau kuning pucat seperti luka-luka kecil dimana panjangnya antara 1mm-10mm dan lebarnya 0.5mm-1mm selari dengan urat daun. Luka (lesion) akan membesar dan berwarna perang gelap dan pada bahagia tengah, bintik menjadi kering dan berwarna kelabu. Pelepah daun akan menjadi kering dan kelihatan seperti terbakar.










2.Sigatoka Kuning
Tanda awal dapat dilihat pada daun ke 3,4 dari pucuk sebagai bintik memanjang,berwarna kuning pucat/keperangan selari dengan urat daun.pada daun yang lebih tua,bintik berwarna kelabu muda dengan sisi berwarna perang tua dan dikelilingi oleh jalur(halo) kuning.Kumpulan spora akan kelihatan pada bintik kelabu yang kecil terutama pada musim lembab.





Kawalan


Kawalan secara kultura


1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.


2.Cantas dan bakar pelepah yang dijangkiti.


3.Saliran ladang hendaklah dijaga dengan baik.


4.Guna anak benih yang sihat dan bebas penyakit.






Kawalan secara kimia
Kawal dengan menggunakan racun kulat dan patuhi arahan dilabel. Perawis aktif yang disyorkan adalah:

Propiconazole

Kadar: 0.4liter + misible oil

Kelas:III

TDMH:14 hari.

Rujukan:Musa disease fact sheet

Disease of plants.Black Sigatoka.AQIS

PaDIL.



Foto: Masterjii 2011































Tiada ulasan: