ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 16 April 2011

ULAT RATUS




Nama biasa: Ulat ratus
Nama saintifik: Spodoptera exigua

Kerosakan

Larva peringkat awal ( instar satu,dua dan tiga ) memakan daun secara berkumpulan dengan mengikis permukaan daun menyebabkan daun kelihatan lutsinar. Manakala larva peringkat instar akhir ( empat dan lima) memakan daun secara berasingan. Daun menjadi berlubang-lubang dan kadangkala hanya tinggal rangka dan urat daun sahaja. Larva juga memakan sayuran berbuah seperti buah dan kuntum bunga cili. Serangga ini dianggap berbahaya kerana sukar dikawal dimana kebanyakan racun serangga yang disyorkan didapati kurang berkesan untuk mengawal serangga inii Tanaman yang selalu diserang adalah cili,bendi dan sayuran krusifer

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.

2. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

3.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dewasa ulat batang ( kupu-kupu )di ladang.

4.Kutip dan musnahkan larva ulat ratus yang menyerang bahagian tanaman.

5.Cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar.

Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 5% seperti:

Bahan aktif : Indoxacarb

Formulasi : butir terserak (WG )

Kadar: 0.09 kg/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan : Ammate

Bahan aktif : Emamectin benzoatel

Formulasi : Pekatan terelmulsi (EC )

Kadar: 0.37lt /hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : III

Rujukan: MARDI, SISMARP

Foto: Masterji

Contoh nama dagangan: Imec 019




Tiada ulasan: