ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 16 April 2011

ULAT PENGOREK BATANG/BUAH TERONG




Nama biasa :Ulat pengorek batang/buah terong
Nama saintifik: Leucinodes orbonalis

Kerosakan

Larva mengorek bahagian dalam batang dan buah. Serangan pada batang menyebabkan pucuk menjadi layu. Biasanya terdapat lubang kecil dengan dipenuhi “ fras” pada bahagia yang diserang. Larva juga mengorek dan memakan isi buah. Buah akan terbantut, busuk dan gugur. Biasanya serangan berlaku ketika mula berbunga menyebabkan bunga dan putik dan gugur.

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.

2. Amalkan pusingan tanaman kerana penanaman sesuatu Jenis tanaman berulangkali akan meningkatkan populasi perosak di ladang.

3. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

4.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap perosak di ladang.

5.Penggunaan plastic “ silver shine “ pada batas tanaman membantu dalam pengawalan dewasa.

6.Kutip ulat, buah yang diserang, cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar bagi mengurangkan bilangan pengorek buah.

Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 10% seperti:

1.Bahan aktif : Cypermethrin

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 1.8lt liter/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan: ACM Cyberthrin 5.5

2.Bahan aktif : Deltamethrin

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 0.1lt liter/hektar

TDMH : 5 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan: Decis 250


Rujukan: MARDI, SISMARP

Foto: Masterjii




Tiada ulasan: