ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 16 April 2011

LALAT PUTIH BERPUSAR (Spiralling Whitefly)




Nama biasa: Lalat putih berpusar

Nama saintifik: Aleurodicus dispersus


Merupakan vektor kepada penyakit virus. Kerosakan dilakukan secara langsung dan tidak lansung. Serangan secara langsung ialah kumpulan serangga ini menghisap cairan daripada daun dan menyebabkan pokok kehilangan nutrien dan air dimana pertumbuhan daun dan pokok terjejas.

Kerosakan secara tidak langsung pula ialah manisan yang dikeluarkan oleh serangga menggalakkan pertumbuhan kulat jelaga ( Sooty mould) pada permukaan atas dan bawah daun. Keadaan ini akan menghalang proses fotosentisis seterusnya pertumbuhan pokok akan terbantut.

Kawalan

Kawalan Secara Kultura

1. Menyediakan benih di bawah kelambu supaya vektor yang mempunyai virus tidak menyebarkan virus semasa anak benih lagi (pengeraman virus dalam tanaman adalah agak lama dan mungkin tidak dapat dilihat semasa mengubah )

2. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan vektor virus dari luar kawasan (yang kemungkinan besar mempunyai virus) menyebarkan virus di dalam ladang kita.

3. Mengawal vektor dalam ladang supaya populasinya rendah untuk mengurangkan sebaran dari pokok berpenyakit ke pokok lain.

4. Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

5. Bagi pokok yang telah diserang, cabut dan bakar pokok yang dijangkiti bagi mengelakkan dari virus menjangkiti pokok yang sihat.

6. Oleh kerana kawalan vektor adalah susah dan keberkesanan perlu mencapai tahap terbaik, pilihan racun dan teknik penyemburan perlu dijalankan dengan tepat.

Kawalan secara kimia

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

1.Bahan aktif : Thiamrthoxam

Formulasi : Butiran terserak air ( wg )

Kadar: 0.4 kg/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : IV

Contoh nama dagangan: Actara 25 wg


Rujukan : MARDI, SISMARP

Foto: Masterjii



Tiada ulasan: