ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 30 April 2011

PENYAKIT LAYU BAKTERIA PISANG (MOKO)

Penyakit Layu Bakteria Pisang (MOKO) adalah disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum.Bakteria hidup di dalam perumah iaitu pada sisa tanaman perumah yang dijangkiti secara sementara (boleh 2-3 tahun),bahan tanaman yang berpenyakit, air dipermukaan yang tercemar, baja tahi ayam dan tahi lembu (boleh beberapa minggu).
Bakteria tidak boleh hidup lebih dari 6 bulan di tanah yang mempunyai "water holding capacity" kurang dari 65%.

Sebaran/jangkitan
Sebaran penyakit dari ladang ke ladang dan dari pokok ke pokok adalah disebabkan oleh aktiviti serangga dan manusia terutamanya peralatan ladang yang digunakan. Serangan seringkali merebak terutamanya selepas banjir.

Simptom

Jenis simptom serangan bergantung kepada cara jangkitan. Kultivar pisang "dessert"jangkitan adalah melalui akar dan rizom manakala bagi kultivar "cooking banana" jangkitan adalah melalui serangan serangga. Antara simptom mudah bagi penyakit layu bakteria pisang adalah:


1. Pucuk berputar,berpintal





2. Simptom pada pelepah,batang - Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman, apabila direndam ke dalam air, jurai "ooze" bakteria akan kelihatan.



3.Daun kekuningan dan kering- pada pokok yang sedang membesar, daun paling muda akan menjadi hijau pucat atau kekuningan, warna dan corak adalah abnormal.



4. pada pokok tua, daun yang paling dalam(inner leaf) pada pelepah menjadi kuning, pelepah akan patah, daun layu dan koyak dan seterusnya mati.


5. Bahagian umbisi menjadi reput dan berbau hancing.Serangan bakteria bermula dari bahagian tengah dan merebak keluar (from centre outwards).






6. Putik bunga dan tangkai menjadi hitam-disebabkan jangkitan oleh serangga.

7. Simptom pada buah - apabila buah dipotong, isi buah pisang" discoloured",hitam dan reput. Buah juga masak tidak seragam.



Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2. Saliran ladang hendaklah sempurna.
3.Gunakan anak benih yang bebas penyakit.
4. Musnah pokok yang dijangkiti dengan segera - cincang dan bakar pokok yang dijangkiti.
5. Basmikuman peralatan ladang yang digunakan untuk menggali, memotong dan mencantas dengan larutan clorox setiap kali digunakan.

Kawalan secara kimia

Tiada kawalan secara kimia bagi penyakit Layu Bakteria Pisang (Moko).



Rujukan: Nota dan PPT BPTBT.
Foto: Masterjii 2011.

PENYAKIT PANAMA/LAYU FUSARIUM

Sejarah
Penyakit Panama/Layu Fusarium disebabkan oleh Kulat Fusarium oxyporium f.sp cubens.Epidermik pertama berlaku di Panama.Amerika Tengah pada awal 1890an dan gelaran ini digunakan buat pertama kalinya di Jamaica pada 1915. Layu fusarium dilaporkan berlaku di India pada 1911, Jawa 1916 dan negara lain di Asia pada 1920an (Stover 1962).
Pada tahun 1992, Penyakit layu fusarium dikesan di Ladang Nam Heng.Johor (Lee et al.1999).

Jangkitan
Kulat juga boleh hidup selama 30 tahun dalam bentuk klamidospora didalam tanah. Pada tahap serangan yang lebih serius, patogen tumbuh keluar dari sistem vaskular kedalam sel parenkima bersebelah seterusnya menghasilkan banyak konidia dan klamidospora dan kembali ketanah apabila pokok mati atau mereput. Kitar ini berulang apabila klamidospora bercambah dan menjangkiti pokok pisang yang baru. (Stover 1972).

Serangan banyak berlaku pada tanaman pisang carvendish dan berangan.

Simptom.
a.Simptom luaran.

1.Penguningan bermula di sepanjang tepi daun dan merebak ke bahagian tengah hingga ke urat daun.



2. Penguningan berlaku pada daun tua kemudia ke daun muda.daun yang kuning akan menjadi perang dan patah. Daun tua yang patah akan tergantung seperti skirt. Daun paling muda akan jatuh paling akhir dan ada yang kekal tegak.



3. Tompok atau jalur kekuningan pada pangkal pelepah pada daun paling tua.




4. Merekah pada bahagian perdu



b. Simptom dalaman
Apabila rizom dan pseodostem dibelah, dapat dilihat tisu vaskular yang kemerahan/keperangan.







Jangkitan:

Jangkitan berlaku melalui akar sisi yang muncul dari akar matang, juga boleh berlaku melalui akar utama yang tercedera. Patogen menyebabkan penyakit melalui 2 cara iaitu:
a) Mengeluarkan toxin ( toxin asid fusarik dan enzim pektinase)
b) Menyekat saluran air.

Hifa dari spora patogen akan mengkoloni xilem selepas menembusi akar dan apabila saluran xilem ditumbuhi dengan miselium dan spora kulat, spora-spora ini akan bercambah dan menyumbat sistem vaskular dan akan menjejaskan sistem pengangkutan air dan nutrien ke pokok dan akhirnya menyebabkan pokok layu.

Kawalan

Kawalan secara kultura.

1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Lakukan pemantauan dengan lebih kerap dan rapi bagi memantau status atau simptom awal penyakit di ladang.
3.Musnahkan pokok yang telah dijangkiti penyakit.
4. Gunakan anak pokok yang bebas penyakit.
5. elakkan "surface irrigation"
6. Pastikan saliran ladang yang baik.
7..Lakukan pembajaan dengan sempurna .
8. Jangan biarkan bahagian pokok yang ditebang bertaburan di ladang kerana bahagian yang reput akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

Kawalan kimia
Tiada kawalan kimia bagi penyakit panama/layu fusarium.


Rujukan
Leong Wai Ching-Tesis:Kajian awal pengawalan penyakit panama.
Nota dan slide BPTBT
Koleksi foto: Masterjii 2011




Rabu, 27 April 2011

ULAT GULUNG DAUN PISANG






Nama biasa: Ulat Gulung Daun Pisang
Nama saintifik: Erionata thrax

Serangan
Larva merosakkan daun dengan mengerat dan menggulung daun di sepanjang tulang daun untuk membentuk kelongsong. Larva bersembunyi dan memakan di dalam kelongsong sehingga ia menjadi kepompong. Serangan yang teruk mengakibatkan daun akan hanya tinggal tulang sahaja.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Kutip dan musnahkan kelongsong dan larva didalamnya.

Kawalan secara kimia.
Selalunya aras serangan adalah rendah dan kawalan secara kimia tidak begitu ekonomik.

ULAT BUNGKUS PAGODA







Nama biasa: Ulat Bungkus Pagoda (Pagoda bagworm)
Nama saintifik: Pagodiella hekmeyeri

Kerosakan
Mudah dikenali melalui struktur perlindungan seperti pagoda. Sering dijumpai menyerang daun jambu air dan durian belanda. Larva memakan lapisan epidermis menyebabkan daun yang diserang kering dan berlubang-lubang lantas menghalang proses fotosintisis ,akhirnya daun kering dan gugur.

Kawalan.
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Lakukan pemangkasan dengan sempurna.
3.Kutip dan musnahkan larva dan kepompong yang menyerang tanaman.

Kawalan secara kimia

lakukan kawalan secara kimia bila perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi arahan dilabel.
Perawis aktif yang disyorkan:
lamda-cyhalothrin


Foto: Masterjii

ULAT PENGOREK BUAH NANGKA







Nama biasa: Ulat Pengorek Nangka
Nama saintifik: Margaronia caesalis

Kerosakan.
Larva mengorek buah dan pucuk. Lazimnya perosak menyerang pada peringkat buah berputik(4minggu) hingga peringkat buah matang.serangan menyebabkan putik buah gugur. Pada peringkat buah matang, larva akan mengorek buah dan merosakkan ulas dan biji nangka.Terdapat fras pada bahagian buah yang diserang. Akibat serangan juga akan menggalakkan jangkitan kulat pada bahagian yang rosak dan reput.

Kawalan
Kawalan secara kultura.

1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.jalankan pemantaua yang kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak di ladang.
3.Lakukan penjarangan buah kerana buah yang rapat dan bersentuh antara satu sama lain akan menggalakan serangan perosak.
4.Potong dan musnahkan buah atau putik buah yang diserang.
5.Bungkus buah pada peringkat putik bagi mengelakkan diserang perosak.

Kawalan secara kimia
Lakukan kawalan secara kimia jika perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi peraturan di label. sembur pada bahagian pucuk dan buah.
Perawis aktif yang disyorkan:
Cypermethrin 6-9ml/4.5lt air

Foto: Masterjii

Isnin, 25 April 2011

KUMBANG LENTING/KABUH LENTING




Nama biasa: Kumbang lenting/Kabuh lenting
Nama saintifik: Phyllotreta vittata

Kerosakan
Merupakan sejenis kumbang kecil yang sering menyerang sayuran berdaun terutama tanaman sawi. Serangga berwarna hitam dengan belang keputihan pada bahagian belakang, akan melompat atau melenting apabila diganggu. Serangga dewasa memakan daun sawi dan akan menyebabkan daun berlubang kecil. Larva yang baru menetas akan bergerak dari pangkal pokok terus ke tanah dan memakan akar dan pangkal anak benih menyebabkan anak benih mati.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Jalankan pemantauan dengan lebih kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak.
3.Kutip dan musnahkan kumbang bila dijumpai.

Kawalan secara kimia
Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arah dilabel
Perawis aktif yang disyorkan :
malathion
kadar:1.35 L/ha
TDMH: 7 hari
Kelas: III

FOTO: Masterjii