ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 25 April 2011

KUMBANG LENTING/KABUH LENTING




Nama biasa: Kumbang lenting/Kabuh lenting
Nama saintifik: Phyllotreta vittata

Kerosakan
Merupakan sejenis kumbang kecil yang sering menyerang sayuran berdaun terutama tanaman sawi. Serangga berwarna hitam dengan belang keputihan pada bahagian belakang, akan melompat atau melenting apabila diganggu. Serangga dewasa memakan daun sawi dan akan menyebabkan daun berlubang kecil. Larva yang baru menetas akan bergerak dari pangkal pokok terus ke tanah dan memakan akar dan pangkal anak benih menyebabkan anak benih mati.

Kawalan
Kawalan secara kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Jalankan pemantauan dengan lebih kerap dan teliti bagi mengetahui kewujudan dan status perosak.
3.Kutip dan musnahkan kumbang bila dijumpai.

Kawalan secara kimia
Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arah dilabel
Perawis aktif yang disyorkan :
malathion
kadar:1.35 L/ha
TDMH: 7 hari
Kelas: III

FOTO: Masterjii






ULAT PENGOREK BUAH LIMAU








Nama biasa: Ulat Pengorek Buah Limau
Nama saintifik: Citripestis sagittiferella

Kerosakan.
Merupakan perosak utama tanaman limau khususnya limau bali. Serangga menyerang dengan mengorek ke dalam buah dan merosakkan isi buah. Tanda serangan apabila terdapat timbunan sisa makanan dan lelehan pada lubang buah yang dikorek. Pada buah yang telah diserang, separuh bahagian bawah buah bertukar menjadi kuning.

Kawalan
Kawalan seraca kultura
1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi khususnya pertumbuhan rumpai di ladang.
2. Bungkus buah limau pada peringkat sebesar guli bagi mengelakkan dari diserang perosak.
3.Kutip dan musnahkan buah-buah yang diserang damada yang telah gugur atau yang masih ada di atas pokok.

Kawalan secara kimia
Penggunaan racun kimia tidaklah begitu ekonomik bagi mengawal serangga ini.
Gunakan racun kimia bila perlu sahaja dan berhemah dengan mematuhi arahan dilabel.
Perawis aktif yang disyorkan:
profenofos
Kadar:2.55 L + 1.5 L lufenuron(5.36% )
Kelas: II
TDMH:14 hari

Foto: Masterjii

Jumaat, 22 April 2011

PENYENGAT( parasit larva pelipat daun)





Nama biasa: Penyengat
Nama saintifik: Macrocentrus philippinensis

Sejenis sahabat ladang bersaiz sederhana hingga besar dan mempunyai satu pinggang pendek dan satu ovipositor yang panjang. abdomennya panjang dan berwarna kuning tua. Ovipositor adalah dua kali lebih panjang daripada abdomen bertina dan hampir sama panjang dengan sesungut.
Mudah dijumpai disemua persekitaraan padi dan ia mencari larva lipat daun. Telur tunggal yang diletakkan dalam larva lipat daun akan menetas dan menjadi larva parasit tunggal.

Rujukan:IRRI
Foto: Masterjii

Khamis, 21 April 2011

PENGOREK KULIT BUAH DURIAN





Nama biasa: Pengorek kulit buah durian
Nama saintifik: Conogethes punctiferalis/Monogatus punctiferalis

Larva memakan permukaan dan merosakan kulit buah di mana terdapat lubang halus dan fras pada permukaan buah yang diserang. Serangan akan menyebabkan kualiti buah terjejas.

Kawalan
Kawalan secara kultura.

1.Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Buah yang diserang dan gugur hendaklah dikutip dan dimusnahkan.

kawalan secara kimia
Kawalan dengan menggunakan racun serangga bila perlu sahaja denagn perawis aktif Dimethoate atau deltamethrin dan sasarkan kepada bunga,putik dan buah.

PENGOREK BATANG PISANG











Nama biasa: Pengorek batang pisang
Nama saintifik: Odoiporus longicollis

Sering menyerang tanaman pisang dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Larva dan dewasa mengorek ke dalam batang hingga ke bahagian empulur. Terdapat "fras" pada bahagian yang dikorek. Akibat serangan larva dan dewasa yang mengorek di dalam batang pisang, pertumbuhan pokok terbantut, daun menjadi kuning dan pokok akan mudah patah.

Kawalan.
Kawalan secara kultura.
1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2.Jalankan pemantauan dengan lebih kerap bagi mengetahui status kewujudan dan populasi perosak.
3. Perhatikan simptom serangan terutama pada bahagian perdu dan tengah batang pisang samada terdapat lubang yang dikorek oleh pengorek batang pisang.
4. Tebang dan bakar pokok pisang yang telah diserang bagi membunuh larva dan dewasa.
5.Jangan biarkan batang-batang pisang yang telah ditebang setelah mengutip hasil atau pokok yang telah diserang bertaburan diladang kerana ini akan menjadi perumah kepada perosak untuk membiak.

Kawalan secara kimia
Lakukan kawalan secara kimia dengan menggunakan racun kimia yang disyorkan dan sila patuhi arahan label.
Perawis aktif: Carbufuran
100gm/pokok ( pokok tua umur2 bulan keatas)
50gm/pokok ( pokok muda umur 2 bulan kebawah)

Foto: Masterjii

Rabu, 20 April 2011

AFID KACANG (BLACK LEGUME APHID)





Nama biasa: Afid kacang
Nama saintifik: Aphis craccivora

Afid menghisap cecair di bawah permukaan daun, pucuk, bunga dan lengai mengakibatkan air dan nutrien tanaman berkurangan dimana pembentukan daun, pucuk, bunga dan lengai akan terbantut. Serangan yang teruk akan menyebabkan bunga gugur. Afid juga mengeluarkan manisan yang menggalakan pertumbuhan kulat jelaga ( Sooty mould ). Kulat akan menghalang proses fotosintisis.

KAWALAN

Kawalan secara kultura

1. . Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

2. Menyediakan benih di bawah kelambu supaya vektor yang mempunyai virus tidak menyebarkan virus semasa anak benih lagi (pengeraman virus dalam tanaman adalah agak lama dan mungkin tidak dapat dilihat semasa mengubah )

3.Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Kutu daun selalunya berselindung dibawah daun.

4. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan vektor virus dari luar kawasan (yang kemungkinan besar mempunyai virus) menyebarkan virus di dalam ladang.

5. Gunakan perangkap pelekat biru ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dan memantau kehadiran kutu daun diladang.

6. Kehadiran kumbang-kumbang kura ( Lady bird ) dapat membantu mengawal populasi kutu daun kerana kumbang kura-kura merupakan musuh semulajadi kepada kutu daun.

7. Bagi pokok yang telah diserang, cabut dan bakar pokok yang dijangkiti bagi mengelakkan dari virus menjangkiti pokok yang sihat.

8. Oleh kerana kawalan vektor adalah susah dan keberkesanan perlu mencapai tahap terbaik, pilihan racun dan teknik penyemburan perlu dijalankan dengan tepat.

Kawalan secara kimia

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

1. Bahan aktif : Dimethoate

Formulasi : Pekatan teremulsi ( EC)

Kadar:1.17 liter/hektar

TDMH :28 hari

Kelas : II

Contoh nama dagangan : Halex-dimethoate

2. Bahan aktif : Malathion

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 8ml /hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan : Malathion 84