ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 20 April 2011

AFID KACANG (BLACK LEGUME APHID)





Nama biasa: Afid kacang
Nama saintifik: Aphis craccivora

Afid menghisap cecair di bawah permukaan daun, pucuk, bunga dan lengai mengakibatkan air dan nutrien tanaman berkurangan dimana pembentukan daun, pucuk, bunga dan lengai akan terbantut. Serangan yang teruk akan menyebabkan bunga gugur. Afid juga mengeluarkan manisan yang menggalakan pertumbuhan kulat jelaga ( Sooty mould ). Kulat akan menghalang proses fotosintisis.

KAWALAN

Kawalan secara kultura

1. . Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

2. Menyediakan benih di bawah kelambu supaya vektor yang mempunyai virus tidak menyebarkan virus semasa anak benih lagi (pengeraman virus dalam tanaman adalah agak lama dan mungkin tidak dapat dilihat semasa mengubah )

3.Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Kutu daun selalunya berselindung dibawah daun.

4. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan vektor virus dari luar kawasan (yang kemungkinan besar mempunyai virus) menyebarkan virus di dalam ladang.

5. Gunakan perangkap pelekat biru ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dan memantau kehadiran kutu daun diladang.

6. Kehadiran kumbang-kumbang kura ( Lady bird ) dapat membantu mengawal populasi kutu daun kerana kumbang kura-kura merupakan musuh semulajadi kepada kutu daun.

7. Bagi pokok yang telah diserang, cabut dan bakar pokok yang dijangkiti bagi mengelakkan dari virus menjangkiti pokok yang sihat.

8. Oleh kerana kawalan vektor adalah susah dan keberkesanan perlu mencapai tahap terbaik, pilihan racun dan teknik penyemburan perlu dijalankan dengan tepat.

Kawalan secara kimia

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

1. Bahan aktif : Dimethoate

Formulasi : Pekatan teremulsi ( EC)

Kadar:1.17 liter/hektar

TDMH :28 hari

Kelas : II

Contoh nama dagangan : Halex-dimethoate

2. Bahan aktif : Malathion

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 8ml /hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan : Malathion 84


Tiada ulasan: