ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 20 April 2011

KUTU DAUN/AFID






Nama biasa: Kutu daun/ Afid
Nama saintifik: Aphis gossypii

Kerosakan.

Afid dewasa dan nimfa merosakkan tanaman dengan menghisap cairan sel daun. Pertumbuhan daun terbantut dan menjadi kerinting. Serangan pada bunga akan menyebabkan bunga gugur.Afid mengeluarkan rembesan madu dan akan jatuh kepermukaan daun dan menjadi medium perebakan kulat jelaga ( Sooty mould). Afid juga vektor kepada penyakit virus kepada tanaman. Tanaman yang dijangkiti penyakit virus akan terbantut dan kehijauan daun tidak seragam. Daun berbelak-belak hijau tua dan hijau muda. Tulang utama daun berkerekot dan daun muda menjadi tirus dan keras.

Afid tidak bertelur dikawasan tropika .Nimfa dilahirkan oleh serangga ( partenogenesis) dengan kadar 5-6 nimfa sehari. Bersalin kulit sebanyak 4 kali melalui 4 peringkat instar sebelum menjadi dewasa dalam masa 7 hari.

Bahagian dada dan kepala dewasa berwarna hitam dan abdomen berwarna hijau gelap. Afid dewasa ada yang berkepak dan tidak berkepak.(rujuk gambar) dan terdapat "antena" berwarna hitam dihujung abdomennya. Boleh hidup selama 2-3 minggu.

Kawalan secara kultura

1. . Santitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik bagi mengelak dari menjadi perumah kepada vektor.

2. Menyediakan benih di bawah kelambu supaya vektor yang mempunyai virus tidak menyebarkan virus semasa anak benih lagi (pengeraman virus dalam tanaman adalah agak lama dan mungkin tidak dapat dilihat semasa mengubah )

3.Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Kutu daun selalunya berselindung dibawah daun.

4. Menggunakan sungkupan plastik bersinar pada batas boleh menjauhkan vektor virus dari luar kawasan (yang kemungkinan besar mempunyai virus) menyebarkan virus di dalam ladang

5 Gunakan perangkap pelekat biru ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dan memantau kehadiran kutu daun diladang.

6. Kehadiran kumbang-kumbang kura ( Lady bird ) dapat membantu mengawal populasi kutu daun kerana kumbang kura-kura merupakan musuh semulajadi kepada kutu daun.

7. Bagi pokok yang telah diserang, cabut dan bakar pokok yang dijangkiti bagi mengelakkan dari virus menjangkiti pokok yang sihat.

8. Oleh kerana kawalan vektor adalah susah dan keberkesanan perlu mencapai tahapterbaik, pilihan racun dan teknik penyemburan perlu dijalankan dengan tepat.

Kawalan secara kimia

Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dengan mengikuti peraturan di label.

Racun serangga yang disyorkan untuk mengawal vektor adalah seperti:

1. Bahan aktif : Imidacloprid.

Formulasi : Pekatan ampaian ( SC )

Kadar: 0.64 liter/hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan : Confidor SL

2. Bahan aktif : Deltamethrin

Formulasi : Pekatan teremulsi ( EC )

Kadar: 0.48 liter/hektar

TDMH : 3 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan : Deltam


Tiada ulasan: