BURUNG MAKAN GONDANG
Asian Openbill Stork adalah suatu nama yang
terlalu asing bagi kita namun jika disebut Burung Makan Gondang ada di antara
kita yang perasan akan rupa bentuk burung tetapi tidak mengetahui secara
mendalam tentang spesis burung tersebut.
Burung Asian Openbill Stork (Anastomus oscitans , Order :
coniiformes, Famili : Ciconiidae
) adalah spesis
burung hijrah yang berasal dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Burma, India dan
Sri Lanka. Burung-burung hijrah ini bergerak dari satu tempat ketempat lain
bergantung kepada sumber makanan yang terdapat di sesuatu kawasan dan
habitatnya adalah kawasan yang berlembah
( Wetland )
Burung hijrah ini berwarna
putih kelabu pada bahagian badan dan hitam berkilat pada kedua belah sayap dan
ekor dan berukuran 68cm tinggi dan 86 cm panjang, berat antara 1.3 kg hingga
8.9 kg. Kaki berwarna merah / merah
jambu. Bukaan sayap antara 147 cm ke 149 cm dan jangka hayat sehingga 18 tahun.
Menurut kajian pemerhati burung di India ,jangka hayat burung ini boleh
melebihi 18 tahun. (Brouwer. 1992 ). Burung membiak secara tahunan
di mana burung betina bertelur antara 2 – 5 telur dan menetas antara 27-30
hari. Anak burung mampu bebas dan meninggalkan sarang dan menyertai koloni
setelah berumur 60 hari. (Brouwer. 1992 ).
Burung terbang secara berkumpulan antara 100 ke 500
ekor dan terbang dengan kepala lurus ke hadapan dan melayang (glidding) apabila
hendak mendarat. Burung sangat sensitive kepada kehadiran manusia dan cepat
terbang meninggalkan kawasan apabila menyedari kehadiran sesuatu yang
mencurigakan. Burung bergerak perlahan di dalam sawah sambil mencari makanan seperti
siput gondang ular , lintah dan juga
serangga yang besar yang terdapat di sawah padi.
Burung menggunakan muncung atau paruhnya yang panjang untuk mencari siput di sawah dan akan memecahkan cengkerang siput untuk mendapatkan isi gondang. Cengkerang dikeluarkan melalui bahagian tengah paruh yang tidak bertemu antara bahagian atas dan bawah. Cara memakannya agak pelahap dan memakan dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Kelebihan muncung yang panjang antara 25-30cm membolehkan burung ini dapat mencari gondang yang terbenam di dalam tanah dengan mudah.
Kehadiran
spesis burung pemakan gondang ini mula dikesan buat pertama kalinya pada tahun
2008 di Chuping. Perlis kemudian membiak dan berkembang di Pulau Pinang dan Perak (
Lim et.al 2011)
Di Kedah,
kehadiran spesis burung ini mula dikesan pada musim 1/2013 penanaman padi di
Kawasan MADA iatu di kawasan Suka Menanti dan Gunung Keriang dan telah menarik
minat saya untuk memerhati dan memahami biologi burung ini secara lebih
mendalam.
Di dapati,
koloni mengandungi 500 – 1000 ekor burung hijrah ini berada di
sawah padi di Negeri Kedah dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk
mencari makanan.
Burung lebih tertarik kepada untuk singgah di kawasan
sawah yang terdapat pokok-pokok besar di pinggiran atau di tengah kawasan sawah
padi. Pokok-pokok tersebut dijadikan tempat bertenggek buat sementara waktu setelah
selesai makan dan untuk berehat atau tidur serta menjadi tempat perlindungan
jika terdapat gangguan. Burung juga membuat sarang di atas ranting pokok yang tinggi antara15 – 60 kaki untuk bertelur.
KEPENTINGAN
BURUNG ASIAN OPENBILL STORK KEPADA INDUSTRI TANAMAN PADI
Masalah serangan Siput
Gondang telah berlanjutan sejak sekian lama dan tidak menampakan penghujungnya.
Pelbagai syor kawalan telah diperkenalkan ditambah pula dengan lambakan dan
penggunaan pelbagai jenis racun kimia yang berdaftar dan tidak berdaftar yang mendakwa
mampu mengawal siput di sawah dengan berkesan masih tidak menunjukan sebarang perubahan
yang besar.
Dengan kehadiran
spesis burung hijrah ini merupakan satu rahmat yang boleh dikasifikasikan
sebagai satu kaedah kawalan biologi untuk mengawal siput gondang di sawah . Walaupun
kaedah ini didakwa lambat berkesan dan kurang popular namun ianya haruslah dilihat
dari perspektif jangkamasa panjang. Pengawalan secara biologi dapat mengurangkan
penggunaan racun perosak dan mengurangkan kos pengeluaran dan yang paling utama
ianya dapat memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
Diandaikanlah seekor burung hijrah mampu memakan
100 gondang sehari didarabkan dengan 300 ekor burung bermakna 30,000 gondang dapat
dihapuskan sehari. Kalau 1bulan atau 3 bulan, tentulah jumlahnya lebih besar.
Jika situasi ini berpanjang dari musim ke musim InsyaAllah populasi siput
gondang di sawah dapat dikurangkan
Muntahan isi gondang yang dikeluarkan dari Burung Openbill sebelum ia mati akibat ditembak oleh pemburu yang tamak | . |
TANGGUNGJAWAB
BERSAMA
Walaupun
kehadirannya masih baru di lapangan namun kesannya dalam pengawalan siput sudah
menampakkan tanda-tanda yang positif. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan
membenarkan ia membiak dengan tenang tanpa sebarang gangguan dari manusia.
Persekitaran yang sesuai dengan sumber makanan yang banyak mendorong untuk
burung hijrah ini tinggal lebih lama dan membesarkan koloninya di sini
seandainya tiada sebarang faktor gangguan dari manusia.
Aktiviti memburu
untuk dijadikan makanan hendaklah dihentikan kerana difahamkan dari orang-orang
yang telah mencuba untuk memakan isi burung ini, didapati daging burung ini
berbau terlalu hanyir dan tidak sedap untuk dimakan. Aktiviti memburu akan
mengurangkan populasi sepsis burung ini dan menakutkan burung dengan
menggunakan mercun dan sebagainya akan menyebabkan burung berpindah ke kawasan
lain. Maknlah benda lain kerana banyak benda lain yang lebih sedap untuk di
makan.
Kempen kesedaran
tentang faedah dan kebaikan burung hijrah kepada petani perlu dijalankan
terutamanya aspek kebaikan dalam mengawal populasi siput gondang. Maklumat
diperolehi, petani-petani di Thailand tidak menggangu kehadiran burung ini di
petak sawah mereka kerana mereka faham dan menghargai faedah dan kebaikan
burung ini dalam mengawal siput gondang di sawah mereka.
Penguatkuasaan
undang-undang dalam mengawal pemburuan spesis burung in harus diperketatkan
bagi mengawal populasi burung ini dari terancam pupus.
“ MEMUSNAHKAN
SESUATU YANG KITA ADA ADALAH LEBIH MUDAH BERBANDING UNTUK MEMELIHARA DAN
MENGEKALKAN APA YANG SEDIA ADA “
SEKIAN DARI :
MASTERJII 2014
e-mel : ismadi99@yahoo.com.my
SEMOGA USAHA UNTUK MEMELIHARA SUMBER SEMULAJADI
UNTUK KEBAIKAN SEJAGAT DAN GENERASI AKAN DATANG
MEDAPAT SOKONGAN SEMUA.
Semua gambar adalah dari koleksi Masterjii yang diambil dari 2013 dan 2014.
Terima kasih kepada En. Shahidan Nayan yang setia menemani dan banyak membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan