ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 4 Mei 2011

PENGOREK BATANG MANGGA


Nama biasa: Pengorek Batang Mangga

Nama saintifik: Rhytidodera simulans


Dewasa berwarna gelap dan mempunyai sesungut yang panjang dan suka bersembunyi pada himpunan dahan atau daun kering terutamanya pada sarang ulat sawang yang ditinggalkan.

Perosak menyerang pada ranting muda yang berwarna coklat dengan sedikit kehijauan. Larva akan mengorek dan meninggalkan fras pada bahagian yang dikorek. Larva akan terus mengorek kebawah kebahagian yang lebih besar sehingga ke batang utama. Larva akan mengorek lubang di permukaan dahan atau ranting sebagai lubang pernafasan dan mengeluarkan fras. fras yang basah menunjukkan larva masih hidup di dalam batang/dahan. Hanya terdapat satu larva dalam satu terowong. Serangan akan menyebabkan ranting atau bahagian yang diserang patah dan mati, daun layu dan kering.


Kawalan

Kawalan secara kultura



1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.

2. Lakukan pemangkasan pokok dengan sempurna.

3. Cantas bahagian pokok yang diserang.

4. Ranting,dahan dan daun mati yang gugur hendaklah dikumpul dan dibakar.


Kawalan secara kimia


Lakukan kawalan secara kimia bila perlu dan berhemah dengan mematuhi peraturan di label.

Perawis aktif yang disyorkan adalah:


Dimethoate ( 10ml daripada larutan 1 bahagian racun dalam 10 bahagian air)

Suntik kedalam bahagian batang yang diserang yang ada tanda fras yang masih basah. Tutup lubang dengan palstisin atau tanah liat.




Foto: Masterji 2011













































































Tiada ulasan: