ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Isnin, 18 April 2011

KUTU BRUANG




Nama biasa: Kutu bruang
Nama saintifik: Scotinophora coarctata

Kutu bruang berwarna hitam, gemar berkumpul pada pangkal rumpun padi dekat dengan paras air pada waktu siang. Berbau busuk dan gemar pada cahaya dan mudah dijumpai pada bulan penuh(full moon).
Serangga dewasa dan anak menghisap cecair dari pokok padi seterusnya menyebabkan pokok menjadi kering (bugburn). Bahagian yang sering diserang ialah bahagian buku batang. Pada peringkat padi beranak, jika serangan berlaku, pokok padi akan menjadi bantut dan mengurangkan bilangan anak. Jika serangan pada peringkat bunting pokok akan mengeluarkan tangkai yang pendek atau padi akan menjadi hampa.

Kawalan

Kawalan secara kultura

1. Bakar jerami padi setelah selesai menuai kerana kutu bruang boleh tinggal di dalam tunggul padi.
2. Bersihkan sawah dari rumpai kerana kutu bruang boleh menyesuaikan hidupnya dalam persekitaran berubah-ubah dan boleh hidup selama 200 hari. Jika tiada tanaman padi, ia boleh hidup di celah-celah tanah yang lembah dalam kawasan berumput.
3. Lakukan pembajakan tanah dengan sempurna.

Kawalan kimia
Gunakan racun kimia bila perlu dan berhemah serta patuhi arahan penggunaan seperti di label.
Perawis aktif: Alpha-cypermethrin, Diazinon, Fenobucarb , Malathion



Foto: Masterjii

Tiada ulasan: