ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 17 April 2015

BENA BELAKANG PUTIH (WBPH)

Sogatella furcifera


Bena Belakang Putih ( WBPH ) bersaiz kecil dari Bena Perang. Berwarna kelabu dan di atas sayap terdapat satu titik hitam yang terletak di tengah sebelah tepi bahagian bawah sayap dan kedua-dua titik itu bertemu bila sayap hadapan dalah keadaan pegun.
Pronotum berwarna kuning pucat yang jelas bagi membezakan antara Bena Belakang Putih dengan Bena Perang. Dewasa hidup selama 18 - 30 hari.

Bena  Betina Belakang Putih bertelur secara kumpulan di dalam kelopak daun di mana jangkamasa telur menetas ialah 6 hari.

Anak ( Nim) yang baru menetas berwarna putih dan beransur-ansur bertukar warna kelabu bila matang. Nim melalui 5 peringkat instar dalam jangkamasa 11-12 hari sebelum menjadi dewasa.

















KESAN SERANGAN

Bena Belakang Putih selalunya menyerang di peringkat pecah anak hingga peringkat terbit dengan cara menghisap cecair pokok dengan terlalu banyak.


KAWALAN


PERAWIS AKTIF
CONTOH NAMA DAGANGAN
FORMULASI
KADAR/HA
KELAS
Cartap hydrochloride
Padan
Sebuk Bancuh (WP
2.0 kg/ha
III
Chlorpyrifos
Perri
Pekatan Teremulsi (EC)
0.39lt/ha
II
Chlorpyrifos
Zespest
100
Pekatan Teremulsi (EC)
0.58lt/ha
II
Buprofezin+isoprocarb
Broadox
Sebuk Bancuh (WP)
2 kg/ha
III
Buprofezin
Appalaud
50WP
Sebuk Bancuh (WP)
0.25 kg/ha
III
Etofrenprox
Trebon 0.2 DL
Debu
25 kg/ha
(Mendebu)
IV
Fenobucarb
Benakill
Pekatan Teremulsi (EC)
0.45 lt/ha
II
Cartap hydrochloride
Padan
Sebuk Bancuh (WP)
2.0kg/ha
III












Sekian.....semoga maklumat ini dapat member manfaat kepada anda semua.
Masterjii99 2015

Jumaat, 14 Februari 2014

ASIAN OPENBILL STORK ( Anastomus oscitans ) - KEHADIRAN SATU RAHMAT
BURUNG MAKAN GONDANG


 



Asian Openbill Stork adalah suatu nama yang terlalu asing bagi kita namun jika disebut Burung Makan Gondang ada di antara kita yang perasan akan rupa bentuk burung tetapi tidak mengetahui secara mendalam tentang spesis burung tersebut.

Burung Asian Openbill Stork   (Anastomus oscitans , Order : coniiformes, Famili : Ciconiidae ) adalah spesis burung hijrah yang berasal dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Burma, India dan Sri Lanka. Burung-burung hijrah ini bergerak dari satu tempat ketempat lain bergantung kepada sumber makanan yang terdapat di sesuatu kawasan dan habitatnya adalah kawasan  yang berlembah 
( Wetland )

Burung hijrah ini berwarna putih kelabu pada bahagian badan dan hitam berkilat pada kedua belah sayap dan ekor dan berukuran 68cm tinggi dan 86 cm panjang, berat antara 1.3 kg hingga 8.9 kg. Kaki berwarna merah / merah jambu. Bukaan sayap antara 147 cm ke 149 cm dan jangka hayat sehingga 18 tahun. Menurut kajian pemerhati burung di India ,jangka hayat burung ini boleh melebihi 18 tahun.  (Brouwer. 1992 ). Burung membiak secara tahunan di mana burung betina bertelur antara 2 – 5 telur dan menetas antara 27-30 hari. Anak burung mampu bebas dan meninggalkan sarang dan menyertai koloni setelah berumur 60 hari. (Brouwer. 1992 ).





 

















  Burung terbang secara berkumpulan antara 100 ke 500 ekor dan terbang dengan kepala lurus ke hadapan dan melayang (glidding) apabila hendak mendarat. Burung sangat sensitive kepada kehadiran manusia dan cepat terbang meninggalkan kawasan apabila menyedari kehadiran sesuatu yang mencurigakan. Burung bergerak perlahan di dalam sawah sambil mencari makanan seperti siput gondang  ular , lintah dan juga serangga yang besar yang terdapat di sawah padi. 





 



Burung menggunakan muncung atau paruhnya yang panjang untuk mencari siput di sawah dan akan memecahkan cengkerang siput untuk mendapatkan isi gondang. Cengkerang dikeluarkan melalui bahagian tengah paruh yang tidak bertemu antara bahagian atas dan bawah. Cara memakannya agak pelahap dan memakan dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Kelebihan muncung yang panjang antara 25-30cm membolehkan burung ini dapat mencari gondang yang terbenam di dalam tanah dengan mudah.
 



  
Kehadiran spesis burung pemakan gondang ini mula dikesan buat pertama kalinya pada tahun 2008 di Chuping. Perlis kemudian membiak dan berkembang  di Pulau Pinang dan Perak ( Lim et.al 2011)

Di Kedah, kehadiran spesis burung ini mula dikesan pada musim 1/2013 penanaman padi di Kawasan MADA iatu di kawasan Suka Menanti dan Gunung Keriang dan telah menarik minat saya untuk memerhati dan memahami biologi burung ini secara lebih mendalam.

Di dapati,  koloni  mengandungi  500 – 1000 ekor burung hijrah ini berada di sawah padi di Negeri Kedah dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari makanan.


Burung lebih tertarik kepada untuk singgah di kawasan sawah yang terdapat pokok-pokok besar di pinggiran atau di tengah kawasan sawah padi. Pokok-pokok tersebut dijadikan tempat bertenggek buat sementara waktu setelah selesai makan dan untuk berehat atau tidur serta menjadi tempat perlindungan jika terdapat gangguan. Burung juga membuat sarang di atas ranting pokok  yang tinggi antara15 – 60 kaki untuk bertelur.




KEPENTINGAN BURUNG ASIAN OPENBILL STORK KEPADA INDUSTRI TANAMAN PADI

Masalah serangan Siput Gondang telah berlanjutan sejak sekian lama dan tidak menampakan penghujungnya. Pelbagai syor kawalan telah diperkenalkan ditambah pula dengan lambakan dan penggunaan pelbagai jenis racun kimia yang berdaftar dan tidak berdaftar yang mendakwa mampu mengawal siput di sawah dengan berkesan masih tidak menunjukan sebarang perubahan yang besar.

Dengan kehadiran spesis burung hijrah ini merupakan satu rahmat yang boleh dikasifikasikan sebagai satu kaedah kawalan biologi untuk mengawal siput gondang di sawah . Walaupun kaedah ini didakwa lambat berkesan dan kurang popular namun ianya haruslah dilihat dari perspektif jangkamasa panjang. Pengawalan secara biologi dapat mengurangkan penggunaan racun perosak dan mengurangkan kos pengeluaran dan yang paling utama ianya dapat memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Diandaikanlah seekor burung hijrah mampu memakan 100 gondang sehari didarabkan dengan 300 ekor burung bermakna 30,000 gondang dapat dihapuskan sehari. Kalau 1bulan atau 3 bulan, tentulah jumlahnya lebih besar. Jika situasi ini berpanjang dari musim ke musim InsyaAllah populasi siput gondang di sawah dapat dikurangkan

Muntahan isi gondang yang dikeluarkan dari Burung Openbill sebelum ia mati akibat ditembak oleh pemburu yang tamak
.
  

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Walaupun kehadirannya masih baru di lapangan namun kesannya dalam pengawalan siput sudah menampakkan tanda-tanda yang positif. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan membenarkan ia membiak dengan tenang tanpa sebarang gangguan dari manusia. Persekitaran yang sesuai dengan sumber makanan yang banyak mendorong untuk burung hijrah ini tinggal lebih lama dan membesarkan koloninya di sini seandainya tiada sebarang faktor gangguan dari manusia.
Aktiviti memburu untuk dijadikan makanan hendaklah dihentikan kerana difahamkan dari orang-orang yang telah mencuba untuk memakan isi burung ini, didapati daging burung ini berbau terlalu hanyir dan tidak sedap untuk dimakan. Aktiviti memburu akan mengurangkan populasi sepsis burung ini dan menakutkan burung dengan menggunakan mercun dan sebagainya akan menyebabkan burung berpindah ke kawasan lain. Maknlah benda lain kerana banyak benda lain yang lebih sedap untuk di makan.
Kempen kesedaran tentang faedah dan kebaikan burung hijrah kepada petani perlu dijalankan terutamanya aspek kebaikan dalam mengawal populasi siput gondang. Maklumat diperolehi, petani-petani di Thailand tidak menggangu kehadiran burung ini di petak sawah mereka kerana mereka faham dan menghargai faedah dan kebaikan burung ini dalam mengawal siput gondang di sawah mereka.

Penguatkuasaan undang-undang dalam mengawal pemburuan spesis burung in harus diperketatkan bagi mengawal populasi burung ini dari terancam pupus.

MEMUSNAHKAN SESUATU YANG KITA ADA ADALAH LEBIH MUDAH BERBANDING UNTUK MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN APA YANG SEDIA ADA  



SEKIAN DARI :

MASTERJII 2014

e-mel : ismadi99@yahoo.com.my

SEMOGA USAHA UNTUK MEMELIHARA SUMBER SEMULAJADI
UNTUK KEBAIKAN SEJAGAT DAN GENERASI AKAN DATANG
MEDAPAT SOKONGAN SEMUA.
 

Semua gambar adalah dari koleksi Masterjii yang diambil dari 2013 dan 2014.
Terima kasih kepada En. Shahidan  Nayan yang setia menemani dan banyak membantu.