Seringkali apabila disebut sahaja kawalan musuh perosak, kita terus terfikir tentang kawalan dengan menggunakan racun kimia walhal masih ada lagi kaedah kawalan yang lebih mesra alam dan mesra pengguna yang kita abaikan iaitu kawalan secara biologi.Di sawah padi wujudnya serangga yang dinamakan SAHABAT LADANG yang memainkan peranan penting dalam mengawal pembiakan perosak secara semulajadi tetapi seringkali kita lupakan akan peranan dan jasanya kepada manusia.
Sahabat ladang terbahagi kepada tiga (3) kumpulan iaitu:
i.Pemangsa
ii Parasit.
iii. Pathogen.
Walaubagaimana pun kehadiran pemangsa dan parasit lebih sinonim dan mudah dikenali.
1. PEMANGSA.
Pemangsa adalah terdiri dari binatang, serangga dan labah-labah. Pemangsa yang baik mempunyai beberapa sifat yang khusus supaya ia dapat bertindak dengan berkesan di sawah. antara sifat-sifat pemangsa yang baik adalah:
a) Memakan banyak mangsa dalam masa yang singkat.
b) Mempunyai sifat suka membunuh perosak.
c) Membiak dengan cepat.
d) Bergerak dengan pantas.
e) Boleh hidup dalam keadaan cuaca yang lembab mahupun kemarau.
Pemangsa memakan mangsa secara menggigit, mengunyah, mencucuk atau menghisap samada dalam peringkat telur, larva, pupa atau dewasa mangsanya.
Contoh-contoh pemangsa adalah:
1. KUMBANG KURA-KURA
( Micraspis crotea )
2. KUMBANG KURA-KURA
( Menochilus sexmaculatus )
3. KUMBANG TANAH
( Paederus littolaris )
4. KUMBANG TANAH
( Ophionea nigrofasciata )
5. CENGKERIK
( Metioche vittaticollis )
6. CENGKERIK
( Anaxipla longipennis )
7. KUTU TUMBUHAN
( Cytorhinus lividipennis )
8. LELAWI
( Euborellia stalli )
9. BELALANG
( Conocephalus longipennis )
10. PEPATUNG PERAWAN
11. KUTU PENCAKAR AIR
( Limnogonus fossarum )
12. LABAH-LABAH PEMBURU
( Lycosa pseudoannulata )
13. LABAH-LABAH LINKS
( Oxyopes javanus )
Jantan
Betina
14. LABAH-LABAH RAHANG PANJANG
( Tetragnatha maxillosa )
15. LABAH-LABAH BULAT
( Argiope caltenulata )
16. LABAH-LABAH KERDIL
( Atypena formosana )