ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Khamis, 14 April 2011

ULAT PENGOREK BIJI DURIAN













Larva pengorek biji durian (Mudaria maniplaga) menyerang buah yang sedang membesar dengan mengorek kulit buah, isi dan biji. Larva berwarna perang dan apabila matang berukuran 3.5cm. Simptom serangan pengorek ialah apabila terdapat lubang serangan dengan dipenuhi frass yang basah dan kasar.Frass yang basah menunjukan adanya larva hidup di dalam buah.Selalunya larva akan merosakkan satu atau dua pangsa dalam sebiji buah.

Kawalan:

1.Kultura..

a) Jaga kebersihan ladang dengan rapi.
b) Lakukan pemantauan yang kerap bagi mengetahui status kewujudan dan populasi perosak.
c) Kutip dan musnahkan buah-buah yang telah diserang.
d) Gunakan perangkap lampu bagi memerangkap kupu-kupu yang aktif pada waktu malam.

2. Kimia

Kawalan dengan menggunakan racun kimia bila perlu dengan perawis aktif Deltamethrin atau Dimethoate secara bergilir-gilir bermula dari peringkat buah berumur 2-3 minggu hingga buah masak selang 2 minggu.

Tiada ulasan: