



Nama biasa: Ulat Pengorek Batang Jagung
Nama saintifik:
Ostrinia furnacalisMerupakan salah satu perosak utama tanaman jagung. Serangan ulat boleh berlaku selepas 3-4 minggu jagung ditanam. Tanda awal serangan ulat adalah lapisan luar daun yang dimakan dan deretan lubang yang melintang daun. Pada pokok muda ulat mengorek ke dalam pucuk dan menyebabkan pokok mati. Pada pokok tua, ulat mengorek ke dalam batang melalui buku ruas yang mengakibatkan batang menjadi lemah dan mudah patah. Terdapat 'fras" pada batang yang dikorek oleh ulat. Ulat ini juga menyerang tongkol buah jagung dengan mengorek tongkol jagung seterusnya menjejaskan kualiti buah.
Kawalan
Kawalan secara kultura.1. Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan rapi.
2. Jalankan pemantauan ladang dengan lebih kerap bagi mengetahui status kewujudan dan serangan perosak.
3. Kutip dan musnahkan larva yang menyerang pokok.
Kawalan secara kimiaKawal dengan racun kimia bila perlu dan berhemah dengan mematuhi arahan penggunaan seperti dilabel.
Perawis aktif: chlorpyrifos
Formulasi: Pekatan Teremulsi (EC)
Kadar: 1.1 lit/Ha
Foto: Masterjii