ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Sabtu, 16 April 2011

ULAT RATUS



Nama biasa: Ulat ratus

Nama saintifik: Spodoptera litura

Larva berukuran 20mm – 35mm dan makan daun bermula dari bahagian belakang daun. Terdiri dari berbagai warna bermula dengan warna hijau muda kemudian bertukar ke hijau tua ( dark green) kemudian coklat ( brown ). Larva mempunyai jalur kuning sepanjang bahagian tepi dan tengah badan. Serangga perosak ini senang dikesan dari timbunan telur berbulu diatas permukaan daun dan “ frass” yang terdapat pada bahagian yang diserang. Serangan kemudian merebak dari daun ke pucuk dan buah. Larva menyerang secara berkumpulan semasa kecil dan berasingan semasa membesar. Daun muda dan pucuk dimakan sehingga tinggal rangka sahaja.

Kawalan secara kultura

1. Kebersihan ladang hendaklah dijaga dengan rapi kerana kawasan yang bersih boleh menghalang daripada menjadi perumah kepada perosak.

2. Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

3.Gunakan perangkap pelekat kuning ( yellow sticky trap ) bagi memerangkap dewasa ulat batang ( kupu-kupu )di ladang.

4.Kutip dan musnahkan larva ulat ratus yang menyerang bahagian tanaman.

5.Cantas bahagian yang diserang dan musnahkan dengan membakar.

6. Jalankan penggiliran tanaman kerana penanaman satu jenis tanaman berulang kali akan menambahkan populasi perosak di ladang.

Kawalan secara kimia

Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 5% seperti:

1.Bahan aktif :Deltamethrin

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 0.7 liter/hektar

TDMH : 5 hari

Kelas : III

Contoh nama dagangan: Deltamate 140

2.Bahan aktif : Lamda-cyhalothrin

Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )

Kadar: 0.7 liter/hektar

TDMH : 7 hari

Kelas : II

Contoh nama dagangan: Recca 280


Rujukan: MARDI ,SISMARP

Foto: Masterjii

Tiada ulasan: