


Nama saintifik: Leptocorisa spp
Kesing dewasa berbentuk panjang, mempunyai kaki dan sesungut panjang dan berwarna hijau keperangan.Membiak beberapa generasi atas rumpai sebelum berpindah ke tanaman padi pada peringkat berbunga. Kesing aktif pada awal pagi dan petang dan berlindung pada rumput atau didalam rumpun padi di waktu panas terik.
Kesing bertelur di atas permukaan daun dalam 2 atau 3 barisan dan setiap barisan mengandungi 10-20 biji telur . Nim dan dewasa menghisap cecair (susu) daripada buah padi yang sedang membentuk yang akan mengakibatkan buah padi kecil dan separuh berisi.
Kawalan
Kawalan secara kultura
1. Jaga kebersihan ladang dengan membersihkan rumput-rumput seperti sambau di sekeliling sawah, batas dan di dalam petak.
2. Amalkan penanaman secara serentak kerana penanaman tidak seragam akan memberi makanan yang berterusan kepada kesing.
Kawalan Kimia
Gunakan racun serangga bila perlu dan berhemah dan patuhi arahan di label .
Perawis aktif: Dimethoate, Alpha-cypermethrin, Fipronil
Foto: Masterjii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan