ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Jumaat, 13 Januari 2012

RUMPAI DAUN LEBAR (Sambungan)

6. Peperonia pellucida


7. Tebuk seludang ( Polygonum barbatum )

8.Selasih dandi ( Starchytarpheta jamaicensis )
9.Seri bumi ( Heliotropium indicum )
10. Pokok Serunai ( Wedilia biflora )
11. Garden spurge ( Euphorbia hirta )

















































































































































































































Khamis, 12 Januari 2012

PENGENALAN KEPADA JENIS RUMPAI









PENGENALAN.

Rumpai merupakan masalah utama dan agak sukar dikawal kerana ia seringkali tumbuh dengan cepat setiap kali langkah pengawalan diambil . Secara umumnya ramai diantara kita hanya mengetahui dan tahu menyebut perkataan rumpai tanpa mengetahui nama sebenar rumpai tersebut. Di dalam ruangan ini, saya akan cuba menjelaskan sedikit sebanyak nama rumpai yang didapati di Malaysia serta klasifikasi jenis rumpai untuk tatapan dan pengetahuan bersama.

Definasi:
Rumpai boleh didefinasikan sebagai satu tumbuhan yang tidak diingini di mana kehadirannya memberi persaingan kepada tanaman-tanaman utama untuk mendapatkan nutrien, cahaya matahari dan juga ruang.
Rumpai boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu Rumpai Daun Lebar, Rusiga dan Rumput.

1. RUMPAI DAUN LEBAR

Rumpai daun lebar mempunyai urat daun yang bersirat dan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:


a) Monokotilidan - Rumpai yang mempunyai daun lebar, batang yang lembut dan berair. sering dijumpai tumbuh di kawasan yang berair.

b) Dwikotilidan - Rumpai yang tumbuh menjalar atau tumbuh menegak, mempunyai batang yang keras.


c) Rumpai air - Rumpai yang tumbuh atau daunnya terapung diatas permukaan air.

Contoh-contoh rumpai daun lebar adalah seperti berikut:

Rumpai Daun Lebar



1. Paku Rawan ( Limnocharis flava )
2.Keladi agas ( Monochoria vaginalis )
3. Kelayar ( Monochoria hastata )


4.Tapak itek ( Marsilea crenata )

4. Cabai kera ( Sphenoclea zeylanica )




Bersambung pada "next post".......

















Jumaat, 29 Julai 2011

KEPINDING HIJAU

Nama saintifik: Nezara viridula

Order: Hemiptera

Famili: Pentatomidae


Kepinding dewasa berbentuk perisai, berwarna hijau dan bukan merupakan musuh utama tanaman padi. Selalunya serangan kepinding berkaitan dengan kedudukan sawah yang berhampiran dengan hutan atau kebun sayur di mana terdapat rumpai yang menjadi perumah kepada kepinding hijau.
Kepinding betina bertelur secara kumpulan dan diletakkan dalam beberapa barisan yang selari di atas permukaan bawah daun di mana setiap kumpulan mengandungi 20-130 biji telur. Di peringkat instar pertama, anak-anak kepinding biasanya berkumpulan dan duduk berhampiran kulit telur dan bergerak secara bersendirian untuk mencari makan apabila berubah ke instar seterusnya.
Warna dan corak anak jelmaan berbeza antara peringkat-peringkat insar dan sangat ketara pada peringkat instar ketiga. Pada peringkat instar ke lima, terdapat beberapa bintik putih tersusun dalam satu barisan di bahagian tepi belakang abdomen.

Kerosakan.
Kepinding menghisap cecair buah padi (susu) menyebabkan padi menjadi separuh berisi atau hampa jika populasi dan serangan adalah tinggi.




KAWALAN

Kawalan dengan menggunakan perawis aktif berikut BILA PERLU SAHAJA:

i.Diazinon
Kadar: 0.45lt/ha
TDMH: 21 hari
Kelas:III

ii.Imidacloprid
Kadar: 0.13 lit/ha
TDMH:21 hari
Kelas:III

iii.Alpha-cypermethrin
Kadar:0.15 lt/ha
Kadar: 7 hari
Kelas: II


Masterjii 2011@ Agroclinic Ismadi.












Isnin, 25 Julai 2011

ULAT PENGOREK BATANG BERJALUR




Nama saintifik: Chilo suppressalis.Walker


Order: Lepidoptera


famili: Crambidae




Sayap hadapan kupu-kupu dewasa berwarna jerami serta terdapat sisik-sisik berwarna perak dan titik hitam-titik hitam sepanjang sayap.Sayap belakang berwarna putih kekuningan. Ia hidup antara 3-5 hari.


Kupu-kupu betina bertelur di bahagian atas permukaan helai daun dalam beberapa kumpulan di mana bilangan telur bagi setiap kumpulan antara 20-100 biji. Masa untuk menetas antara 5-6 hari.


Larva mempunyai kapsul kepala berwarna perang dan abdomennya pula terdapat jalur-jalur berwarna perang ( 3 di belakang, 2 di bahagian tepi). Larva bersalin kulit sebanyak 6 kali sebelum menjadi kepompong.Peringkat larna antara 29-48 hari.




Kawalan.


kawalan dengan menggunakan perawis aktif yang disyorkan seperti:




1. Fipronil


TDMH: 14 hari


Kelas:II




ii. Cartab hydrochloride


TDMH: 21 hari


Kelas: II

















































Khamis, 21 Julai 2011

PENGOREK BATANG NANGKA (Larva)






Larva berukuran 8cm

Fras yang masih basah pada bahagian dahan pokok nangka


Lubang pernafasan yang dibuat oleh larva pengorek.


Kesan serangan pada bahagian dalam dahan.






Nama saintifik: Apriona flavescens Kaup.

Order: Coleoptera

famili: Cerambycidae

Serangan larva pengorek batang selalunya boleh dijumpai pada bahagian batang dan dahan pokok nangka. Serangan bermula pada bahagian ranting di mana larva yang baru menetas mengorek ranting yang akan menyebabkan daun menjadi layu dan kering. Larva akan terus mengorek ke bahagian yang lebih besar hingga ke batang utama.

Larva akan membuat lubang pernafasan pada dahan untuk mengeluarkan fras. Sekiranya terdapat fras yang masih basah pada dahan atau batang nangka, ini menunjukkan larva masih hidup dan berada di dalam batang atau dahan. Larva mempunyai jangkahayat yang panjang antara 80-120 hari dan mempunyai gigi yang kuat untuk mengorek dan mengunyah tisu kayu.

Peringkat kepompong berlaku di dalam tanah.


Kawalan


a.Kawalan secara kultura


i) Sanitasi ladang hendaklah dijaga dengan baik.

ii)lakukan pemangkasan pokok dengan sempurna.

iii) Cantas dan musnahkan dahan/ranting yang diserang.

iv) Lakukan pemantauan yang rapi bagi mengetahui kewujudan dan tahap serangan perosak.


b.Kawalan secara kimia.


Kawalan secara kimia boleh dilakukan dengan menyuntik racun serangga ke dalam lubang dahan/batang yang terdapat fras yang masih basah sahaja dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti Dimethoate. Tutup lubang dengan tanah liat atau plastisin dan ulangi rawatan sekiranya terdapat lagi fras baru selepas 3-4 minggu.





Tempat: Pusat Pembangunan komoditi.Gajah Mati.

Tarikh: 21.7.2011.




































































































































































































Rabu, 20 Julai 2011

ULAT PENGOREK BATANG KEPALA HITAM








Nama saintifik: Chilo polychrusus.

Order: Lepidoptera
Famili: Crambidae

Larva mempunyai kapsul kepala berwarna hitam dan bahagian abdomennya berjalur perang . Larva bersalin kulit sebanyak lima(5) kali dan mengambil masa antara 16-43 hari sebelum menjadi kepompong.


Kepompong berwarna perang kekuningan dan peringkat kepompong mengambil masa 4-8 hari.

Kupu-kupu betina bertelur di bahagian atas dan bawah daun permukaan daun dalam beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 20-150 biji dan menetas antara 4-7 hari.

Kupu-kupu jantan berwarna kuning muda serta bersisik berwarna perang di bahagian sayap hadapan. Hampir dengan sayap hadapan terdapat titik-titik kecil berwarna hitam . Kupu-kupu jantan adalah lebih kecil dari kupu-kupu betina.

Kerosakan

Larva mengorek batang dan memakan tisu sehingga sampai ke ruas dan terus memakan tisu di bahagian ruas yang menyebabkan batang menjadi lemah dan mudah tumbang. Simptom serangan berbeza mengikut peringkat tanaman di mana jika serangan di peringkat beranak, anak padi menunjukkan tanda"mati pucuk" dan jika berlaku pada peringkat padi sedang berbuah, tanda seperti"bulu ayam" akan berlaku di mana tangkai mengeluarkan biji padi yang kosong atau separuh berisi.

Kawalan

Kawalan dengan menggunakan racun serangga yangmengandungi perawis aktif disyorkan seperti:

i) Fipronil
Kadar: 10ml/ha
TDMH: 14 hari
Kelas: II

ii) Cartap hydrochloride
Kadar: 0.45kg/ha
Kelas: II



Masterjii 2011 @ Agroclinic Ismadi

Isnin, 4 Julai 2011

KOYA

Nama saintifik: Planococcus citri Risso

Order: Homoptera

Famili: Pseudococcidae



Koya ( Planococcus citri) pada buah

Semut hitam dan kerengga merupakan agen pembawa koya ke bahagian buah yang belum diserang.





Serangan koya pada buah akan menggalakkan pertumbuhan kulat kulapuk hitam.



Serangan koya adalah lazim bagi tanaman rambutan. Perosak menyerang bahagian buah yang masih hijau dan masak dengan cara menghisap cairan sel buah. Walaupun serangan koya tidak merosakkan bahagian isi tetapi kehadiran perosak yang melekat pada bahagian kulit buah akan menjejaskan nilai kosmetik dan mengurangkan nilai pasaran.

Selain daripada itu, perosak juga mengeluarkan rembesan madu (honey dew) yang menggalakkan pertumbuhan kulapok hitam yang boleh memburukkan lagi keadaan.Kehadiran semut dan kerengga membantu menyebarkan koya ke bahagian buah yang belum diserang.


Kawalan


Kawalan secara kultura adalah digalakkan dengan cara melakukan pemangkasan pokok yang sempurna bagi menggalakkan pengudaran dan pengaliran cahaya ke dalam kanopi pokok. Selain daripada itu, putik buah yang diserang koya hendaklah dikutip dan dimusnahkan bagi mengurangkan populasi perosak.



Kawalan secara kimia boleh dilakukan bila perlu dengan menggunakan semburan minyak putih ( white oil ) atau racun serangga dimethoate pada buah. Sila patuhi arahan penggunaan di label . Semut hitam boleh dikawal dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan kulapok hitam boleh dikawal dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi perawis aktif seperti benomyl.









Masterjii@Agroclinic Ismadi