ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga anda mendapat manfaat dari maklumat yang tak seberapa ini. Seperti PELITA KABAD yang memberi sedikit cahaya dalam kesamaran....nak kata terang sangat pun tidak..malap sangat pun tidak...tapi boleh nampaklah.........

Rabu, 1 Jun 2011

ULAT GULUNG DAUN





Nama saintifik: Cnaphalocrosis medinalis










Ulat gulung daun biasanya terdapat di sawah pada peringkat padi beranak. Kerosakan kepada pokok padi adalah akibat serangan larva yang menggulung daun serta memakan tisu daun yang hijau semasa berada dalam gulungan daun. Larva memakan tisu daun di permukaan dan meninggalkan jalur-jalur putih memanjang di atas daun.Serangan teruk akan mengakibatkan daun menjadi kering dan kelihatan seperti terbakar.


Larva yang baru keluar berukuran 1.5-2mm dan berwarna hijau kekuningan. Larva bergerak ke atas dan ke bawah pada daun muda yang masih tertutup. Larva melalui 5-6 peringkat instar. Instar pertama mengambil masa 2-4 hari dengan memakan daun berhampiran pangkal. Dari instar kedua dan seterusnya, larva berpindah ke daun yang lebih tua, menggulung dan makan di dalamnya.Purata peringkat larva adalah 16 hari.


KAWALAN
Kawalan secara kimia boleh dilakukan dengan menggunakan racun kimia yang disyorkan yang mengandungi perawis aktif seperti berikut:

Diazinon, Quinalphos, carbofuran dan Fipronil.



Masterjii 2011















LALAT KEPALA BESAR

Tomosvaryella spp













Sejenis lalat hitam berasiz kecil dan mempunyai kepala yang besar dan bulat serta dipenuhi mata kumpuan. Lalat berkepala besar ini akan hinggap pada bahagian belakang lelompat daun dan meletakkan telur di dalam abdomen perumah. Seekor lalat akan membesar dalam seekor perumah.Peringkat kepompong akan berlaku didalam tanah atau pada pangkal pokok. Lalat boleh memparasitkan 2-3 ekor lelompat sehari dan lalat hidup selama 4 hari.



Rujukan: IRRI

Foto: Masterjii 2011.















Isnin, 23 Mei 2011

PENYENGAT

Parasit larva Pengorek Batang
Amauromorpha accepta metathoracica





Penyengat ini berbadan tegap, berwarna merah dan hitam. Penyengat ini memparasitkan serangga pengorek batang kuning dan putih. sebiji telur diletakkan di dalam seekor larva perumah. Larva penyengat akan muncul dari perumah yang baru mati dan akan menjadi kepompong dalam terowong batang padi.

Rujukan : IRRI

Foto: Masterjii 2011


































Jumaat, 20 Mei 2011

CENGKERIK

CENGKERIK



Anaxipla longipennis
Famili: Othoptera






Cengkerik mempunyai ekor seperti pedang sering di dapati di sawah padi dan melompat dari pokok ke pokok lain apabila diganggu. Ovipositor berbentuk pedang digunakan untuk menyisipkan telur ke dalam upih daun. Cengkerik dewasa dan nimfa adalah pemangsa telur juga memakan larva kecil dan serangga lelompat.
Dewasa dan nimfa memakan telur serangga pengorek batang berjalur, pengorek batang berkepala gelap, serangga pelipat daun, ulat ratus, nimfa bena dan lelompat daun


Rujukan: IRRI


Foto: Masterjii 2011
















































LELAWI - Euborellia satli

LELAWI

Euborellia stali

Famili: Dermaptera





Lelawi ( Euborellia satli ) berwana perang gelap yang mempunyai sepasang penyepit untuk mempertahankan diri dan bukannya untuk menagkap mangsa. Lelawi didapati di dalam tanah kering dan hidup di dalam tanah pada pangkal rumpun padi. Lelawi adalah pemangsa kepada larva ulat batang, aktif pada waktu malam dan memasuki terowong yang dibuat oleh ulat batang untuk mencari larva. Kadangkala ia memanjat ke bahagian daun untuk mencari larva lipat daun. Lelawi boleh memakan antara 20-30 mangsa setiap hari


Rujukan: IRRI

Foto: Masterjii 2011


































Selasa, 17 Mei 2011

SAHABAT LADANG - PEPATUNG PERAWAN

Agriocnemis spp
Famili: Odonata




Pepatung perawan (damselfly) adalah sejenis sahabat ladang yang berkepak kecil dan mempunyai keupayaan penerbangan yang lemah.Pepatung perawan dewasa berwarna hijau kekuningan dan hitam dan mempunyai abdomen yang panjang dan ramping. Pepatung jantan lebih berwarna warni dari pepatung betina.
Pepatung dewasa selalunya terbang di bawah sudur padi untuk menangkap serangga terutamanya bena pada pokok dan nimfa pepatung perawan hidup di dalam air dan akan memanjat batang pokok padi untuk mencari nimfa bena.

Rujukan: IRRI
Foto: Masterjii 2011




















SAHABAT LADANG -KUMBANG TANAH

Ophionea nigrofasciata

Famili: Coleoptera







Ophionea adalah sejenis serangga sahabat ladang yang aktif dan berbadan keras. Dewasa berwarna kemerahan dan hitam dan aktif mencari larva lipat daun di dalam sudur tanaman padi. Boleh di jumpai di ruang daun terlipat yang dibuat oleh larva pelipat daun. Setiap pemangsa boleh memakan 3-5 larva sehari dengan hanya meninggalkan kulit kepala. Kumbang dewasa juga memakan bena.


Rujukan: IRRI

Foto: Masterjii 2011











Isnin, 16 Mei 2011

KUTU TUMBUH-TUMBUHAN

Cyrtorhinus lividipennis

Famili: Hemiptera





Cyrtorhinus adalah spesis serangga yang memakan tumbuhan dan bertindak sebagai pemangsa secara sekunder khasnya telur dan nimfa bena. Kutu tumbuhan ini berwarna hijau dan hitam di bahagian kepalanya dan membiak dengan banyaknya di sawah yang diserang oleh bena.Setiap pemangsa boleh memakan antara 7-10 biji telur atau 1-5 bena sehari.

Rujukan: IRRI
Foto: Masterjii 2011




















PARASIT LARVA -Penyengat

Charops brachypterum
Famili: Hymenoptera






Penyengat berbadan hitam dengan tanda kekuningan dan jingga pada sesungut. Penyengat mencari larva lipat daun dan pengorek batang kuning. Untuk memparasitkan larva pengorek batang padi, penyengat akan mencari larva kemudian menikam batang padi dengan ovipositor dan meletakkan sebiji telur dekat larva perumah. Apabila parasit tanpa kaki menetas, ia akan bergerak ke badan perumah dan menggigit badan perumah dan memakan bendalir badan yang meleleh keluar dan akhirnya larva perumah mati. Apabila larva penyengat bersedia menjadi pupa, ia meninggalkan batang padi dengan bergantung pada satu benang sutera yang melekat pada sehelai daun padi.Kemuadian ia membuat sarung kepompong (kokun) berwarna hitam dan putih. Kokun bergantung adalah untuk melindungi pupa dari pemangsanya. Penyengat dewasa hidup selama 3-5 hari.




Rujukan: IRRI


Foto: Masterjii 2011






















































PARASIT LARVA PENGOREK BATANG PADI


Xanthopimpla flavolineata Cameron

Famili: Hymenoptera






Sahabat ladang ini adalah sejenis penyengat yang berbadan tegap dan bersaiz sederhana. Berwarna jingga/kuning dengan tanda hitam pada setiap segmen abdomen. Badan bertekstur kasar dan ovipositornya berwarna hitam dan pendek. Penyengat memparasitkan larva pengorek batang dalam sawah padi. Penyengat sentiasa hinggap pada daun padi kerana ia bukanlah kuat terbang. Seekor penyengat muncul dari seekor pupa pengorek batang dan ia hidup selama 5-7 hari.


Rujukan: IRRI

Foto: Masterjii 2011